2007-12-28

Selamat Tahun Baru

Assalammualaikummm jet harap kalian senantiasa sihat, ermm tak lama lagi tahun 2007 akan menjatuhkan tirainya..dan tibalah pulak tahun 2008 seperti orang lain masing-masing dengan keazaman yang baru, tak ketinggalan juga jet..

Walau apa pun jet harap azam korang pada tahun nie ada yg dah tercapai, yg mana nak tunang dah tunang, yg nak kawin dah pun kawin, yg bermusuh jet harap ada yg dah baik dan banyak lagi lah..tapi korang jgn tanya yer bab kawin dgn jet..sensitip tue...kekekek..dalam perjalanan menuju ke akhir tahun banyak suka duka yg kita lihat bukan saja tuk diri sendiri malahan juga orng di sekeliling kita..negara kita lebih2 lagi..jet harap kejadian-kejadian yg sering berlaku kini tidak kan berterusan..ermm rasa takut pulak.

Ok lah guys..jet tak mo bebel panjang2 coz jet pun actually kekeringan idea..just wanna wish u all..Hapey New Year...take care of ur self..love u guys...harap silaturrahim antara kita akan kekal terjalin...salamm

2007-12-26

Kenduri Aliff Zafran

Hemmm terasa malas nak bekerja hari nie setelah sekian lama bercuti dari cuti raya korban hingga x'mas..wheheee..cuti sakan tu..lepas raya korban hari tu pada hari ahadnya my sis buat kenduri akikah( tul ke eja ni) tuk anak sedara jet si aliff zafran tu..hemmm 2 ekor kambing lah apa lagik..seronok tul rasanya dapat buat kerja ramai-ramai, kambing tu dah siap sembelih oleh orng yg jual kambing tersebut, jadi kami tinggal siang-siang kan aje.

Jet tabik lah kat orang yg selenggara kambing tu..tak ada bau langsung kambing melekat kat kami nie dan bau daging tu tak macam daging kambing ok je, makcik2 jet pun puji...heheheh..1st time jet cuba menyiang kambing..yerlah kan bau kambing kan kuat..hermmm seronok nie pengalaman baru..then macam-macam kerja lagik lah..masak pulut, rebus nenas utuk buat acar nenas, sampai nak ke subuh lah bekerja ..bukan apa dapur kat umah makcik jet tu..slow lak api dia..nasib baik rescue sampai, amik dapur kat umah mak. Soknya pepagi dah bangun dah..nani sambung potong daging tuk dalca, daging tu baru sampai dari johor.. mak andak jet bawak..them sesi masak pakai kayu api pun bermula..hemm time nie lah baru rancak..

Dalam kol 10 lebih gitu semua dah siap, majlis mula kol 11 lebih gitu..then sibuk menghidang tuk tetamu..ermmm rasa dah macam buat kenduri kawen pulak..lepas dah tolong buat "jambar", jet amik tender cuci pinggan mangkuk coz jet nengok tak ada sape nak amik..hermm teringat zaman muda-muda ( ciwahhh skrang pun muda jugak) then dah ptg skett..jet dgn 2 lagi sepupu gosok periuk lah ape lagi...bukan apa mengajar pelapis muda..kekekkeke..

Jet rasa dekat kol 5 ke 6 ptg selesai dah keje...makcik dan pakcik ramai dah balik kl dan johor..nasib baik ada sepupu jet yg masih stay leh jugak di harap menolong. Jet rehat jap..baring-baring kat dapur..yg tinggal kat umah atuk jet tu..mak n abah,my sister sam , my sister bib n hubby n chilren, mak long n 2 anak pompaun dia, cik besah n cik izat n anak2 dia jugak, pak teh n mak teh , fizah, zira n ijat dan jugak cik sarah..baring punya baring kol sepuluh baru jet tersedar...mak long jet siap kata tidur tak gerak2..hhhehehe jet sengih jet..mmg jet tak sedar..penat kot...sempat lah jet bagi sms kat azoooo...

Nasib baik jet cuti sampai hari selasa, isnin nye jet bawak sepupu jet dari putrajaya ke Bandar Melaka..kami main boling lah..hehehe..seronok bebudak tu..yerlah dah penat kerjakan..then selasa baru jet balik ke kl..hermm seronok kan bercuti nie..

p/s : khas tuk azuuu..pada masa aku menulis nie, kawan kita sharifah dah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.1 kg pada pukul 3 lebih tadi..

dan gambar kambing tu hanya illustrasi aje

2007-12-18

Mardiana & Mahathir













Sekitar Majlis Perkahwinan Teman Sepejabat ...kwn kami pengatin perempuan yer...ada banyak lagik gambar tapu cukup lah nie aje...ermmm minggu lepas g kenduri blackwira pula tapi pic dia ader kat tun, jet tak dapat lagi....nengok lah nanti

2007-12-13

Salam AidilAdha

Slideshow image

Salam AidilAdha buat semua teman-teman..tinggal tak berapa harilagi kita akan menyambut hari raya yg juga di kenali sebagai raya korban. So jet nak ucap selamat menyambut hari raya ini bersama - sama orng yg kalian sayangi. Buat teman - teman dari pantai timur harap bersabar kerana skrang nie kan musim tengkujuh so banjir besar kat sana.

2007-12-03



hari nie ia mendatang
melingkar dalam diri
mencari suatu yg realiti lagi abadi

mencari dalam diri
dari sudut yg tidak bertepi
kian terasing dan menyepi sendiri
dalam dunianya fantasi

rasa dirinya makin menjauh
dari segala rasa yang berserabut
pinta di lepaskan
pinta di leraikan

dari sudut mata tergambar firasat hati
meronta-ronta bangkitlah diri
maka harus tenggelam lagi
ayuh..bangkit

ada jemu pada mata
ada rindu pada jiwa
ada sendu dalam tawa
apa saja yg pernah ada akan tetap ada

dirantai waktu di batas sepi
amukan diri kian menyepi
menujat padanya adalah pasti
bagi mengundur api di hati

masayallah....aku kah ini...
subhanallah...

* jgn di tnya apa dan mengapa aku pun tak ada jawapannya, bila ianya terjadi jua tak ku sedari, jgn di pinta penjelasan kerana sudah pasti tiada jawapan..

Angan Dan Sedar

Mohon selembar harapan
Buatku sedang rawan
Biarpun sekadar cuma senyuman
Ikhlas kau pujaan

Mohon sesaat berangan
Buat ku meleraikan
Apapun hiba dan tangisan
Menawan segala perasaan

Aku sedar siapa diriku
Aku dah tahu siapa aku
Aku sedar dan berasa malu
Aku sangatlah mahu berterima kasih

Sungguh
Langsung tak pernah marah walaupun sekali seakan
memahami
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa menjaga
maruahku
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci pada
diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal menagih cintamu
biarpun membelai rindu

Mohon secebis kasihan
Janganku dilupakan
Dalam lipatan kenangan
Bercinta dikau di persimpangan

Aku sedar siapa diriku
Aku dah tahu siapa aku
Aku sedar dan berasa malu
Aku sangatlah mahu berterima kasih

SungguhLangsung tak pernah marah walaupun sekali seakan
memahami
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa menjaga
maruahku
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci pada
diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal menagih cintamu
biarpun membelai rindu
Lalalalalala…Lalalalalala…

Aku rela merindumu
Aku rela merindumu
Aku rela merindumu
~MaWi~

Short Sweet Story


Here is a short story with a beautiful message.

Little girl and her father were crossing a bridge. The father was kind of scared so he asked his little daughter, "Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river." The little girl said, "No, Dad. You hold my hand." "What's the difference?" Asked the puzzled father.

"There's abig difference," replied the little girl. "If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go."Hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to holdyours...

This message is too short......but carries a lot of Feelings.

~dapat dari mail kak zue~