2006-07-28

Akhirnya pergi jua..

Tanggal 25/07/06 yang baru berlalu adalah tarikh kematian pakcik di kampung, aku menerima berita sedih tu ketika aku baru nak memulakan tugas di pejabat hari tu. Ketika tu aku sedang berbual dgn bos aku pasal pakcik ku ini, kerana di menghidap penyakit yg sehingga kini belum di jumpai penawarnya. AKu memang terkejut antara percaya dan tidak..kakak ku di kampung menangis2 menelefon aku agar pulang..tak lama selepas tu mak pulak telefon. Aku terus meminta kebenaran dari bos ku untuk pulang ke kampung.

Dalam perjalanan ke kampung aku berharap agar aku sempat melihat jenazahnya kerana beliau harus di kebumikan segera atas sebab penyakit yg di hadapinya.Alhamdullialh kami sempat sampai, bahkan pakcik2 dah makcik2 ku dari JB dan S'pore jua sempat melihat jenazah.Ketika aku sampai mereka sedang memandikan beliau bau air mandian bukan dari kapur barus tapi dari clorox..sedih rasa hati..tapi itulah caranya. Setelah di kapan aku dapat lihat muka sahaja..kulit mukanya cantik lagi..
Aku di beritahu buah pinggang nya tidak berfungsi lagik..beliau pergi dgn mudah sekali walupun penyakitnya kronik..pakcik ku bertuah di tidak disisih keluarga, kerana aku pernah mendengar berbagai cerita jika mereka yg senasib dgn pakcik ku ini meniggal ade keluarga yg tak mahu terima..sesungguh nya dia bukan orng asing, dia tetap keluarga kami.. mungkin itu kesalahan yg lalu, bnayk perkara yg dia dah lalui ketika hayatnya..masyarakat sentiasa memandang serong insan sebegini, yg lepas tetap berlalu bagi aku dia dah cukup insaf dng kesalahan yg lalu, kerana mak ku tak putus2 mencari penawar bagi nya..dan dia sanggup mengikut kata kelurga..bermakna dia dah insaf..
bagi aku jugak penawar mujarab adalah keluarga sendiri yg tak putus2 bagi dorongan dan sokongan walaupun kadang kala kerenah mereka melelahkan, meraka tak patut di sisih, pakcik sempat lagik bekerja di kilang sebelum dia semakin tidak sihat.Raya tahun nie pastu sunyi tanpa nye kerana dia suka melayan anak2 buah nya..main bunga api, bakar mercun..pasang pelita keliling rumah..seronok..semua tuu tinggal kenangan je..ape pun aku berharap agar dia tenang di sana, semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas nya.Amin...

2006-06-27

Awas Mungkin Gila Oleh Cinta

Oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer
pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta, kawallah
diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan
melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri,
jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.

Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan
diri, jangan sampai dia bosan. Berpadalah pada waktu
hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda
hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala
menulis sesuatu untuknya.

Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia
mungkin berbeza. Tatkala anda sedang resah digelut
rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia
mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan
pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga. Usah
terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah,
gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan
nyata panggilan anda tidak bersambut. Dia mungkin
dalam situasi tidak boleh diganggu. Emosinya mungkin
tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu. Usah
terlalu kerap menghantar surat berjela-jela
panjangnya. Dia tentu tidak ada masa untuk memikirkan
hal anda selalu.

Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak
begitu. Berpada tatkala hendak menghubunginya. Baca
pergerakannya. Kalau awal pagi biasanya dia sibuk
untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan
minta dimanja pada waktu ini, dia akan bosan dan
tertekan.

Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu
hendak mendengar suaranya, tetapi tahukah anda apa
situasi yang sedang dilaluinya? Dia mungkin di tengah
medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu keputusan
yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut
bertenanglah dulu. Berikan tempoh sejam atau setengah
jam. Kemudian telefonlah balik. Jika dia tidak
menyahut fahami dirinya. Memang ada ketika-ketikanya
kita tidak ingin diganggu.

Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda, tetapi
hambatan kerja kadang-kadang memaksa kita kematukan
diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan
lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya
proses perkenalan – untuk mengenal dan membina
keserasian. Jika anda gagal memahami kesukaan dan
kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung,
anda bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan dia juga
bukanlah calon yang sesuai untuk anda.

Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta,
terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa
untuk berfikir sebagaimana seharusnya. Fikirkan juga
emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda.
Sekiranya dia tidak mengangkat panggilan anda, usah
diulang bertalu-talu. Dia tentu sedang sibuk dan tidak
upaya untuk melayani anda.

Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina
perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau
terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu
sayang, usah terlalu diturut nanti tindakan-tindakan
akan menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci,
menyampah dan sakit hati.

Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia
biasa. Manusia sentiasa belajar memahami orang lain,
sebaliknya manusia luar biasa tidak kisah dengan
perasaan orang.

Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami
dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda
serta merta. Berikan dia masa. Dia akan menghubungi
anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan
dia tidak sayang, tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup
ini banyak kecemerlangan perlu digapai. Kesemuanya
menuntut kesungguhan. Cinta, kasih dan sayang itu
jadikan booster kekuatan mencapai kejayaan.
Hidup akan lebih indah kalau orang memahami.

Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat kita
tidak patut gila sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi
kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah
bercinta jika cinta itu hanya akan menjadikan anda
bagaikan tidak siuman.

email dari adam(ac)


2006-06-17

Relakslah...

I think i love u... coz i miss u ..i falling for u.. now i need u antara bait2 perkatan dalam lagu korean yg lain nyer aku tak paham alah cerita "full house" tu..sedap tul lagu ni..mula layan jiwa..layan blues..actually aku berfikir sampai bila dan kemana arah perjalanan hidup aku kini dan seterusnya..aku selalu ambil mudah setiap perkara yg melibat kan hati dan perasaan nie, berlagak seperti tak ada apa2..kebal lah kununnyer..wheheheh..
but when u are alone u will fell it...so aku akan sibukkan diri aku nie..buat lah ape jua aktiviti yg tak melibatkan jiwa dan raga.
Life must go on...so walau apa pun yg terjadi aku kena teruskan perjuangan aku nie..demi orang2 yg aku sayangi..aku tak leh menoleh kebelakang lagi.Yihaaa..be strong..cayuk!cayuk!cayuk!..

2006-05-21

Tanpa nama

Dari jauh ku lihat dia,
Seornag insan yg istimewa,
Insan yang membawa seribu erti dlm hidupku kini,
Memberi ruang tuk ku berdiri,
Memberi ruang tuk ku melangkah,
Memberi ruang tuk ku menjadi diri sendiri.

Ku kenal dirinya seperti dia mengenal ku,
Ku tahu dia,seperti dia adalah aku,
Rupa-rupanya kami ditakdir tuk bersatu.

Namun bila ku sendiri aku jadi takut,
Takut dia kan pergi, pergi jauh dari aku,
Pergi jauh dari hati,pergi jauh dan takkan kembali.

Namun hati jua pernah berkata,
Dia takkan tinggalkan aku,
Dia kan senantiasa di sisi,
Dia kan senantiasa melindungi.

Kata-kata itu buat aku tersenyum kembali,
Senyum dan tawa hanya miliknya,
Bahkan jua airmata,
Sesungguhnya aku bahagia,
Kerana ku tahu aku miliknya selamanya...

* tak ade kena mengena antara idup atau mati..wheheheh aku saje je..suka2..ayat pun bersimpang siur..weii jgn gelak kaan aku weii..

2006-04-30

PEOPLE COME INTO YOUR LIFE FOR A REASON

Here goes:People come into your life for a reason,
a season or a lifetime.
When you know which one it is, you will know what to do for that person.
When someone is in your life for a REASON, i
t is usually to meet a need you have expressed.
They have come to assist you through a difficulty, to provide y ou with guidance and support, to aid you physically, emotionally or spiritually.
They may seem like a godsend and they are. They are there for the reason you need them to be. Then, without any wrong doing on your part or atan inconvenient time, this person will say or dosomething to bring the relationship to an end.
Sometimes they die. Sometimes they walk away.Sometimes they act up and force you to take a stand.
What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled, their work is done.
The prayer you sent up has been answered and now it is time to move on.Some people come into your life for a SEASON,because your turn has come to share, grow or learn.
They bring you an experience of peace or make you laugh.
They may teach you something you have never done.
They usually give you an unbelievable amount of joy.
Believe it, it is real. But only for a season.!
LIFETIME relationships teach you lifetime lessons,things you must build upon in order to have a solid emotional foundation.
Your job is to accept thelesson, love the person and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life.
It is said that love is blind but friendship is clairvoyant.
Thank you for being a part of my life, whether you were a reason, a season or a lifetime.
(member kasi kat email)

2006-04-09

My best friend wedding..

Sure rasa cam citer julia robert tu...kekekkek tapi kes aku nie tak sampai lah camtu..tak ade sapa yg kejar sesape..yeah it's true..1st may nie dia akan kawan, my best pren ermm rasa sedih n terharun tak lupa gembira lah... coz kami dah lama kenal, aku rasa dia lah kawan lelaki aku yg paling lama aku kenal n still contact sampai sekarang..tapi bila dia dah nak kawen nie..so everything kena slow down, dah tak leh cam dulu lagi..suka2 aku nak call dia bila..even dia tak kisah dan tak mau aku lost contact dgn dia...beriya-iya dia ajak aku ke majlis perkahwinan dia..sure lah nak pergi nyer kalau tak ada aral melintang, sempat jugak bagi nasihat kat aku tu..cesss..nasihat yg mengenakan aku lah ape lagi, bila nak kawen..bla..bla..bla..so to my dearest pren tahniah n semoga berbahagia selalu, terima kasih kerana sudi menjadi seorang teman yg sangat memahami

2006-04-05