2006-11-11

Laman Asmara @ Mega Gath Cherating 2006

gambar yang paling istimewa saje jet letak paling atas ini lah tapirrrrrrrr.....wakakkakka


lagi aweks jelitasssss.......

yg nie no komenn...wakakaka


kumpulan panca sitara laman...amik2 no leh tempah untuk kenduri kawen...huhuhu


haaa yg nie pulak jelitawan2 laman asmara....fewitttttt

waduh-waduh ganteng2 seh pria2nya..haa pilih mana satu berkenan tapi jet konpem yg paling top chart yg kaler merun tu..kekekkeke

barisssssss-barisssssss sedia..kekeke bebaik bawak bola dalam sudu tuu bang

wanita-wanita gagah bersama sudu di mulut..ehemmm yg baju putih tuu dah kena booked yer...heheh



ok kengkawan seperti yg jet janjikan, jet letak sedikit dari memori jet dan rakan laman di cherating..mana yg tak ada jet mintak maaflah...so harap korang leh enjoy....boissssss...muahhhhhhhhhh

2006-11-10

KLCC

2 hari lepas aku ke klcc bersama-sama dengan ayang & ice..beriya-iya minah nie nak ajak tngok wayang, ape lagik oklah tu..ader yg belanja. Tapi ku sampai agak lewat kerana ada mesyuarat pada petang tu. Lepas mesyuarat aku bergegas ke klcc kerana ayang dah lama menunggu, sian dia. Sampai sana aku terus jumpa dengan ice juga, then kami terus membeli tiket wayang..ermmm cerita diva popular..ok gaks ceritanya..kelakarlah...
Tapi yg aku tunggu ialah cerita CINTA tu...hermmm tak sabar rasanya..tngok preview cam best je..kekkeekke. Sblm menonton kami makan..ice lapar sangat.."port yg aku suka mana lagi kat Asia....alah ape ek lupa lah nama last dia...kekekke...tmpat paling best tepi tingkap hujung skett..cam biasa leh nengok orng sekeliling & menjengah ke luar tingkap.
Sambil menunggu mereka berdua beli makanan, mula lah aku duk termenung...layan blues lah beb..teringat peristiwa di laman..then teringat ehem2...pasal kerja..pasal itu ..pasal ini...aku ingat kan balik dari bercuti hari tuu, aku leh rileks kan skett minda nie..yerlah..naik cuti pasti aku sibuk kembali dengan berbagai aktiviti.
Sekarang tiap2 hari aku balik lambat, bukan kerana aku ot..cuma aku tak ada hati nak balik..suppose aku lebih bersemangat untuk bekerja..tapi disebabkan hal2 di sekeliling aku fed-up..aku nie macam keretapi yg tergelincir dari landasan nye. Come on nani...bangunnnn...heheheh..motivate diri sendiri ni. Well tu jelah yg aku nak merapu petang2 , sensorang kat opis nie...salammmmmm

Mencari Sahabat

Semalam aku berbicara dengan seorang teman yg baru kekenali.. semasa kami berbual terbit lah kisah mengenai kawan dan sahabat,jadi aku terpanggil untuk menulis satu kisah yg pernah ku terima di email juga dari seorang rakan. Benda nie aku letakkan dalam loker, jadi ku kira bagus jugak jika dapat di kongsi bersama.
IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka dan duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: " Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan".
"Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali menolong ketika susah." "Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku." " Ku kunjungi seribu negera, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikkan dan begitu sebaliknya. Katanya:" Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam sesuatu keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.
"Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. "Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tidak semua yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala di balas dengan sikap tidak sopan. "Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. "Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
"dia akan memugkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia." "Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.
Iaman Al-Syafie dalam hal ini berkata:" Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.' "Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan". " Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang ku benci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang ku cintai."

2006-11-09

My Heart

Disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilangi

f u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart


Irwansyah & Acha Septriasa

2006-11-07

Post Mortem

hai semua..assalammualaikumm dan salam sejahtera...jet rasa gembira kerana kita semua dapat berjumpa pada mega gath tempohari...

berbagai acara dapat kita jalankan bersama-sama semasa di cherating, tapi kita nie manusia kekadang tuu pasti berlaku kesilapan..jadi jet nak bagi peluang pada chatter yg hadir pada hari tersebut untuk memberikan komen anda, dan jet serta rakan2 yg menganjurkan gath ini..akan duduk dan berbincang mengenai perkara ini..
diharap semua chatters yg hadir dapat memberikan komen anda..

PESANAN DARI tun_sri_lanang

kepada warga L.A yg joint ghatering dan berminat utk dptkan vcd aktiviti ghatering di cherating, pahang, sila bank in rm10 ke 162517022053 (maybank)atas nama dato' ahmad sukeri (heheheh), setelah bank in,
sila emailkan butiran pembayaran seperti masa dan tarikh
yang terdapat pada slip bank berkenaan, ke ssyukriee@yahoo.com
kepada mereka yang tidak hadir, tetapi mahu memiliki vcd tersebut, sila bank in kan rm25.
sekian terima kasih.

pasal gambar jika jet dah siap scan akan jet cuba masukkan kat sini okeh...

boissss...wassalammm

2006-09-15

Cardio-Pulmonary Resuscitation

Jet terdetik untuk berkongsi sedikit pengetahuan yg jet pelajari baru-baru ini. Mesti korang heran ape lah kebenda tajuk kat atas tu, bagi yg dah tahu baguslah bagi yg tak, itulah nama penuh bagi CPR yang selalu kita sebut2.
Adalah satu kelebihan sekiranya kita tahu bagaimana untuk melakukan CPR, kerana ia bukan sahaja boleh menyelamatkan nyawa orng yg kita sayangi, bahkan mungkin boleh menyelamatkan nyawa orng lain. Contohnya apa yg berlaku kepada arwah Hani Mohsin, mmg ajal dan maut itu di tangan tuhan tapi sekiranya ada di antara staff atau pun orng di sekeliling tempat tersebut yg tahu mengenai CPR ini mungkin beliau boleh di selamatkan sebelum anggota penyelamat sampai.Dan di sebab kan itu terdapat 'term' baru dlm bidang perubatan iaitu 'Syndrome Hani'.
Mungkin kita tak tahu, jika otak tidak mendapat oksigen dalam masa 5 minit selepas dia pengsan sesorang itu boleh meniggal dunia dan sekiranya mendapat bantuan tapi lambat mungkin hidup tapi otak sudah tak berfungsi lagi, kiranya dia dah jadi sayurlah (vegetable) dan akhirnya meniggal juga. CPR bukan untuk meraka yg dewasa sahaja malah untuk kanak2 dan juga bayi. CPR juga bukan hanya untuk mereka yg sesak nafas atau serangan jantung sahaja malah untuk mereka yg tercekik jugak boleh di lakukan CPR. Seperti iklan susu Nestle sinerio di restoran tu, bagi jet iklan tuu mmg bagus kerana itu adalah salah satu cara menyelamatkan mangsa yg tercekik.Tapi harus di ingat ade teknik nak tekan perut orng tu, jgn main tekan je sakit woo..heheh.
Sebenarnya ini kali kedua jet mengikuti kelas CPR bukan ape saje nak mengingat semula ape yg jet pernah pelajari. Jadi jet rasa kengkawan jugak patut mencari inisiatif untuk mempelajari CPR, kerana kita tak tahu bila sesuatu perkara akan berlaku.Dan jika ada di antara kita yg dah tahu mengenai CPR hebahkanlah kepada rakan atau jiran bahawa anda tahu CPR, bukan bertujuan menunjuk lagak atau pandai tapi anda mungkin boleh menjadi penyelamat sebelum bantuan tiba.

2006-09-14

Hari ini, semalam dan kelmarin
Dia masih lagi disini
Duduk dan menyepi
Dalam rasa resah dah gelisah.

Hari ini, semalam dan kelmarin
Rindu itu datang lagi
Membuat jiwanya terseksa
Menunggu pujaan jiwa.

Hari ini, semalam dan kelmarin
Matanya menceritakan cerita yg sama
Tawa dan senda sengaja di reka
Bagi melindug jiwa yg lara

Hari ini, semalam dan kelmarin
Air mata yg diseka akhirnya jatuh
Tapi tiada siapa yg tahu
Kerana dia malu
Dia malu

Hari ini, semlam dan kelmarin
Azam nya tetap sama
Tekadnya tetap sama
Melupakan pada yang tiada
Melepaskan apa yg bukan miliknya


Hari ini, semalam dan kelmarin
Tekad dan azam tinggal kenangan
Kerana hatinya rapuh
Kerana dia tak mampu
Kerana dia..adalah dia