2006-06-27

Awas Mungkin Gila Oleh Cinta

Oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer
pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta, kawallah
diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan
melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri,
jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.

Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan
diri, jangan sampai dia bosan. Berpadalah pada waktu
hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda
hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala
menulis sesuatu untuknya.

Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia
mungkin berbeza. Tatkala anda sedang resah digelut
rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia
mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan
pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga. Usah
terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah,
gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan
nyata panggilan anda tidak bersambut. Dia mungkin
dalam situasi tidak boleh diganggu. Emosinya mungkin
tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu. Usah
terlalu kerap menghantar surat berjela-jela
panjangnya. Dia tentu tidak ada masa untuk memikirkan
hal anda selalu.

Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak
begitu. Berpada tatkala hendak menghubunginya. Baca
pergerakannya. Kalau awal pagi biasanya dia sibuk
untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan
minta dimanja pada waktu ini, dia akan bosan dan
tertekan.

Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu
hendak mendengar suaranya, tetapi tahukah anda apa
situasi yang sedang dilaluinya? Dia mungkin di tengah
medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu keputusan
yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut
bertenanglah dulu. Berikan tempoh sejam atau setengah
jam. Kemudian telefonlah balik. Jika dia tidak
menyahut fahami dirinya. Memang ada ketika-ketikanya
kita tidak ingin diganggu.

Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda, tetapi
hambatan kerja kadang-kadang memaksa kita kematukan
diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan
lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya
proses perkenalan – untuk mengenal dan membina
keserasian. Jika anda gagal memahami kesukaan dan
kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung,
anda bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan dia juga
bukanlah calon yang sesuai untuk anda.

Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta,
terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa
untuk berfikir sebagaimana seharusnya. Fikirkan juga
emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda.
Sekiranya dia tidak mengangkat panggilan anda, usah
diulang bertalu-talu. Dia tentu sedang sibuk dan tidak
upaya untuk melayani anda.

Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina
perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau
terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu
sayang, usah terlalu diturut nanti tindakan-tindakan
akan menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci,
menyampah dan sakit hati.

Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia
biasa. Manusia sentiasa belajar memahami orang lain,
sebaliknya manusia luar biasa tidak kisah dengan
perasaan orang.

Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami
dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda
serta merta. Berikan dia masa. Dia akan menghubungi
anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan
dia tidak sayang, tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup
ini banyak kecemerlangan perlu digapai. Kesemuanya
menuntut kesungguhan. Cinta, kasih dan sayang itu
jadikan booster kekuatan mencapai kejayaan.
Hidup akan lebih indah kalau orang memahami.

Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat kita
tidak patut gila sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi
kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah
bercinta jika cinta itu hanya akan menjadikan anda
bagaikan tidak siuman.

email dari adam(ac)


2006-06-17

Relakslah...

I think i love u... coz i miss u ..i falling for u.. now i need u antara bait2 perkatan dalam lagu korean yg lain nyer aku tak paham alah cerita "full house" tu..sedap tul lagu ni..mula layan jiwa..layan blues..actually aku berfikir sampai bila dan kemana arah perjalanan hidup aku kini dan seterusnya..aku selalu ambil mudah setiap perkara yg melibat kan hati dan perasaan nie, berlagak seperti tak ada apa2..kebal lah kununnyer..wheheheh..
but when u are alone u will fell it...so aku akan sibukkan diri aku nie..buat lah ape jua aktiviti yg tak melibatkan jiwa dan raga.
Life must go on...so walau apa pun yg terjadi aku kena teruskan perjuangan aku nie..demi orang2 yg aku sayangi..aku tak leh menoleh kebelakang lagi.Yihaaa..be strong..cayuk!cayuk!cayuk!..