2006-07-28

Akhirnya pergi jua..

Tanggal 25/07/06 yang baru berlalu adalah tarikh kematian pakcik di kampung, aku menerima berita sedih tu ketika aku baru nak memulakan tugas di pejabat hari tu. Ketika tu aku sedang berbual dgn bos aku pasal pakcik ku ini, kerana di menghidap penyakit yg sehingga kini belum di jumpai penawarnya. AKu memang terkejut antara percaya dan tidak..kakak ku di kampung menangis2 menelefon aku agar pulang..tak lama selepas tu mak pulak telefon. Aku terus meminta kebenaran dari bos ku untuk pulang ke kampung.

Dalam perjalanan ke kampung aku berharap agar aku sempat melihat jenazahnya kerana beliau harus di kebumikan segera atas sebab penyakit yg di hadapinya.Alhamdullialh kami sempat sampai, bahkan pakcik2 dah makcik2 ku dari JB dan S'pore jua sempat melihat jenazah.Ketika aku sampai mereka sedang memandikan beliau bau air mandian bukan dari kapur barus tapi dari clorox..sedih rasa hati..tapi itulah caranya. Setelah di kapan aku dapat lihat muka sahaja..kulit mukanya cantik lagi..
Aku di beritahu buah pinggang nya tidak berfungsi lagik..beliau pergi dgn mudah sekali walupun penyakitnya kronik..pakcik ku bertuah di tidak disisih keluarga, kerana aku pernah mendengar berbagai cerita jika mereka yg senasib dgn pakcik ku ini meniggal ade keluarga yg tak mahu terima..sesungguh nya dia bukan orng asing, dia tetap keluarga kami.. mungkin itu kesalahan yg lalu, bnayk perkara yg dia dah lalui ketika hayatnya..masyarakat sentiasa memandang serong insan sebegini, yg lepas tetap berlalu bagi aku dia dah cukup insaf dng kesalahan yg lalu, kerana mak ku tak putus2 mencari penawar bagi nya..dan dia sanggup mengikut kata kelurga..bermakna dia dah insaf..
bagi aku jugak penawar mujarab adalah keluarga sendiri yg tak putus2 bagi dorongan dan sokongan walaupun kadang kala kerenah mereka melelahkan, meraka tak patut di sisih, pakcik sempat lagik bekerja di kilang sebelum dia semakin tidak sihat.Raya tahun nie pastu sunyi tanpa nye kerana dia suka melayan anak2 buah nya..main bunga api, bakar mercun..pasang pelita keliling rumah..seronok..semua tuu tinggal kenangan je..ape pun aku berharap agar dia tenang di sana, semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas nya.Amin...

4 comments:

m i n e r a l . . . said...

al-fatihah...
moga rohnyer dicucuri rahmat...

nanies said...

mekasih tun..

~ GAB ~ said...

Mulia sungguh hati orang di sekeliling arwah. Dan semoga segala taubatnya diterima Allah dan rohnya ditempatkan di tempat yang mulia.

Al-Fatihah

nanies said...

mekasih gab..