2007-05-13

Selamat Hari IBu

Jet ingin mengucapkan selamat hari ibu buat semua ibu-ibu di seluruh dunia..

Ibu....Ibu..
Engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka...
Engkau hiburkan selalu...

Ibu...Ibu...
Engkaulah ratu hati ku....

jet percaya ramai yg setuju dengan jet, mlm tadi nengok cerekarama tv3 tu..tangkap leleh sehh..perkara macam tu bagi jet pasti ada yg berlaku dalam masyarakat kita..iyer tak..kalu tak takkan ada orng nak wat drama..kejam kan..jet harap jet tak menjadi anak yg macam tu..

Bila nengok drama tuu, mula lah teringat mak kat kampung...oh ya..jet jugak nak pesan pada kengakawan jet yg telah pun kehilangan ibu mereka..jet harap meraka semua akan terus tabah mengahadapi hari-hari yg mendatang..


Ibu...
kau bagai kan suria pagi
menerangi hidup ini
mengajar ku erti kehidupan ini
memberikan daku inspirasai

Ibu
jasa mu tak mungkin mampu ku balas
walau emas setinggi gunung
kerana kasih mu tak pernah bertepi
buat diri ku anak mu ini

Ibu
Senyuman mu itu satu rahmat
Kejayaan anakmu satu azimat
Hilang segala penat dan jerih
Bagai terbalas segala yang perit

Ibu
aku bukan seorang sasterawan negara
bukan jua pejuang negara
tapi aku cuba yang terbaik
walaupun tak pernah meminta balasan
namun bukan satu alasan
untuk daku mengabaikan mu
kerana kau ibu ku...

6 comments:

Anonymous said...

Hari hari adalah Hari Ibu...jadi, ucapkan la sayang kepada mereka setiap hari. Lepas tu, pakai maxis family plan, leh call free.Hehehhe...

ayang_mas said...

Ini yg buat ayg nak balik kg tiap mggu ni...ayg ni ada mak jer..nak poluk2 jer...

13may said...

hehhe...

Selamat hari IBU!

~ GAB ~ said...

CINTAKU PADA IBU

Setiap insan punya ibu
Itu hukum alam yang pasti
Namun…
Sewaktu kecilku
Wajah ibu tidak pernah aku hayati
Tidak pernah kurasa usapan manja
Sewaktu aku memerlukan
Peritnya sewaktu...
...tiada yang memujuk pabila pilu mengundang
Sama pedihnya
...pabila kejayaan tidak diraikan
Tidak pernah kurasa kelembutan ibu
Air tangannya...
Marahnya... herdiknya...
Terlalu asing untuk dirasa
Cemburu melihat kawan dimarahi
Dek kerana terlebih laku
Mendambakan secebis rasa
Biar manis biar kelat
... asalkan ianya dari ibu
Tidak mengerti apa itu kekosongan
Tiada batas buat perbandingan
Hanya tampak dihujung khayalan
Titisan air mata tidak punya erti.

Membesar jua insan yang bernama aku
Tidak pernah tahu apa erti hilang
Tidak pernah kenal apa erti rindu
Jauh sekali erti sendu

Bukan hasrat ibu untuk menzalimi batinku
Hanya dek kerana perjalanan hidup yang tertulis
Aku di serambi ini… Ibu disudut sana

Sekalung kasih selingkar cinta
Untuk ibu

Tanpa mu aku tidak kenal rupa mentari.

Ciptaan,
GAB
Selamat Hari Ibu

nanies said...

dobot-> tq singgah blog jet walaupun jet tak ingat dobot nie sapa..

ayg-> balik jgn tak blik

13may-> hhehehe nape gelak ek..tau arr..jet tak pandai sajak

GAB -> tak pe gab.. jet pasti kalau ibu gab ada sure dia bangga dgn gab sekarang..

m i n e r a l . . . said...

selamt hari ibu....