2007-09-11

Dalam Diam

Duduk atas sofa tu..menghadap cermin tingkap, di depan mata terhidang pemandangan di luar, kenderaan bertali arus. Langit kian mendung nak hujan agaknya, dan dia masih di sofa merenung ke luar dengan pandangan yg kosong. Cuma yg berkata-kata di dalam hati sahaja..jadi apa pun yg nak di katakan tak siapa yg akan mendengar. Dia mmg suka duduk di sofa tu..sebab dari situ dia leh melihat ke luar tingkap pejabatnya dengan tenang, dapat melihat langit itu yg penting...

Kalu ada yg menegur dia buat tak tahu aje..paling2 tidak tesenyum itu pasti..apa yg di fikirkannya..ermm macam-macam sebenarnya cuma dia je malas nak melayan sangat...kekadang dia duduk di situ kerana teringat kawan lamanya ...yg dirindui nya(ehem..ehem) tak pun benda2 lain yg tak masuk di akal..wakakkaka.

Sebut pasal ehem-ehem..lama sudah tak dengar kabar..dia pun tak pasti ape kah akhirnya kerinduan ini. Rasa-rasanya seprti telah ditinggalkan cuma akal dan hati tak mahu menerima kenyataan. Dia mmg tahu bahawa suatu hari nanti dia pasti akan ditinggalkan seperti wanita2 yg lain tu, cuma dia masih lagi menaruh harapan. Kerana prinsp nya jika mahu ditinggalkan hendaklah di beritahu bukan hilang begitu sahaja..baru diri merasa puas.

Orang kata apa itu hak mereka sebab sekian lama bersama dia bahagia, dia tak kan menangis lagi itu mmg pasti kerana dia dah lali tapi tak bermakna dia tak ada hati dan perasaan cuma dia sudah lama bersedia jika hal itu mmg benar2 terjadi. Cuma dia rasa berterima kasih kerana dia dibenarkan memberi kasih dan sayang pada insan yg di anggap seperti abg. Dan diri nya selalu di nasihati dengan kata2 yg bernas. Kerana sebelum nie dia mmg tak tahu bagaimana nak meluahkan rasa di hati. Tapi tak bermaksud dia wanita murahan yg meluah apa sahaja kerna dia masih tahu batas-batasnya. Dengan orng yg dirindu dia belajar ape itu sayang, apa itu kasih ...di beri peluang memberi dan menerima ...dan dia juga berterima kasih kerna dia diterima seadanya. Kerana sering dia merasa rendah diri lantaran jurang antara mereka, tapi keihlasan nya membuat diri dihargai menepis segala prasangaka.

Jika di takdir dia menghubungi..ingin sekali meluahkan rasa hati buat sekian kali, agar jika terpisah oleh jarak dan waktu sekali lagi dia tak akan berasan terkilan untuk menyatakan kan kata-kata yg terakhir untuk dirinya..insan yg sering di rindu dalam diam dalam sepi...

Selamat Menyambut Ramadhan Al - Mubarak 1428 Hijrah


[Ramadhan.jpg]

Hari nie bukan main bersemangat nya jet nak ke cc nie...ada semacam satu tarikan lak...tak sabar-sabar nak nulis dalam blog..bukan ape..jet takut nanti jet tak sempat nak ke cc..alang-alang jet overtime rini jet singgah lah cc. Tak lama lagi nak nyambut ramadhan kan ..so di kesempatan nie jet nak mungucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak..kepada semua teman-teman cyber samada yg jet kenal atau pun tidak..semoga kita semua dapat menjalani ibadah ini dgn sesempurna yg boleh.

Lelaki Ini

kaSih, keNanganKu
inGatkah saaT-saaT duLu
kaSih, aPakah diriMu
meRasakan seMua iTu
keManapun LangKahku perGi
ku maSih meLihat bayaNganmu cinTaku
dan keManapun aRah anginKu berLari
haTi ini maSih kau miLiki
LeLaki iNi yaNg seLaLu menCinTamu
seLaLu, tanPa raGu
LeLaki iNi yaNg seLaLu memuJa
haNya diRimu
yang berTakhTa dLm sanuBariku
saNuBariku
aKu yg menCintaKanmu
hanYa diriMu
kareNa cinTaku
tak terBatas wakTu
kareNa cinTaku
tak menGenaL jeNuh haTimu
haTimu...


~AnUaR ZaIn~

Mekasih tapir..aku amik kat blog ko je..malas nak tukar font tu...kekekek....

2007-09-03

Tak tahu macam mana nak mula, tapi hati nie ada berbagai cerita yg nak di coretkan kan..semua seperti satu tali yg bersimpul minta dihuraikan agar dapat mencari jalan keluar dari suatu kekusutan. Ermm belum terlambat bagi ku untuk mengucapkan selamat hari merdeka kepada semua teman-teman samada yg ku kenali atau pun tidak..tidak terjangka oleh akal, aku masih dapat menyedut udara di bumi bertuah ini untuk menyambut hari kemerdekaan yg ke- 50 tahun. Tiada agenda istimewa pada hari itu, cuma aku dan kakak ku ke Jjusco Wmaju bersama anak sedara ku..untuk membeli belah. Lewat ptg kami pulang ke rumah. Kerana kesokkan hari nya aku bekerja juga hari berikutnya.
Itu cerita tentang merdeka, dan tak lama lagi ramadhan muncul lagi...dan bersama-sama akan mengerjakan ibadat puasa..tup tap tup tap..dah raya...yihaaaaaaaaaaa.....kekeke...then time-time sblm nak posa nie aku mula lah teringat kat si dia..whehehe...rupa-rupanya baru aku paham kenapa aku dlm kekusutan aku dlm kerinduan...apelah lah aku nie. Biasalah benda-benda camnie kekadang datang gak.
well..aku rasa tu je yg aku nak merapukan kan...adiosssssssss...