Dekat setengah jam dia menghadap laptop..apa yg ingin dicoretkan pada waktu-waktu begini, jam sudah pukul 12.30 mlm, bila kah mata mau beradu. Perjumpaan yg tidak dirancang di YM tadi mencuit hatiku..kenangan silam menjelma, malangnya si dia tidak mengenali ku, pada mula bicara agak ceria tapi bila aku mengenalkan diri serta merta keadaan berubah..aku tidak menyalahkan dia, aku tetap menganggap dia sebagai seorang kawan. Yang memisahkan kami adalah ketidaksesuaian antara kami sahaja, yg lainnya bagi ku biasa sahaja.
Yerlah kan kadangkala hati nie susah nak diramal..kalu hati nie leh di ramal pasti tak ada yg akan bersengketa. Apa pun aku terima apa jua kejadian terhadap diriku dengan redha. Pengalaman berada di sampingnya walau pun seketika impaknya cukup besar dalam hidup ku.Pada yg telah biasa dengan suatu perhubunga tentu sudah lali dan menganggap ianya perkara biasa sahaja,Tapi bagi ku yg baru mula nak merasai suatu perhubungan itu ianya suatu yg istimewa, sangat istimewa...hermmmm apalah aku nie..
batang lidi di raut-raut,
asalnya lidi dari daun kelapa,
ada yg jauh hati terpaut,
bila yang dekat tiada menyapa.
bait pantun tu aku karang bagi kat sorang kawan ni bila dia asyik kata aku duk ingat orng jauh jer..korang pun paham kan maksud pantun aku tuu...dah yg dekat-dekat sini tak ada nak kat aku, aku nak wat camner..hehhehe, bak kata satu pantun nie yg memang aku suka..
pucuk pauh delima batu,
anak semilang di tapak tangan,
sungguh pun jauh beribu batu,
hilang di mata di hati jangan.
Tapi ada satu perkara yg aku pasti ialah jangan hidup dalam kenangan kerana hidup nie kita kena teruskan itu yg penting..jadi kan kenangan itu untk di tenung-tenung bila perlu je, bak kata cerdik pandai sebagai iktibar..heeheh
sampan berkolek mudik ke hulu,
oklah aku masuk tidur dulu..hehhe...
3 comments:
satu petua mengenal diri..
bila kita tercari-cari salah seseorang..
tandanya sayang dah terpahat hati padanya...
begitu juga sebaliknya...
((lu fikir ler sendiri.. hehehehehe))
ermmm...ermmmm..ermmmm
"SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERTERAWIH"........
jgn la jiwang2... cedih aku baca..tu la duk teringat la yang jauh,yg ade depan mata duk wat tak tau jer......
Post a Comment