2012-04-01

Menganyam Pelangi...

Cd Art (900+ faves) :-)

Hermmm baca tajuk je dah pasti sesuatu yang mustahil..Menganyam Pelangi boleh ke..anyam tikar boleh lah.Tapi kalau Yuna boleh mengukir bintang..hehhe...nice song and I like it. Ermm macam mana ek, melihat perjalanan ini makin hari kian berliku...segala bebanan harus di tanggung sendiri..mencari teman tempat mengadu, tapi yang pasti belum pun kutemui..seseorang untuk ku kongsi isi hati,perihal diri,sendu di jiwa dan segalanya..belum..belum..semuanya belum, tapi yang pasti aku masih mampu mengadu PadaNya, hanya Dia yang sudi mendengarku,melihatku dengan kasih dan sayangnya dan merasa segala yang terbuku dalam jiwa. Hanya padanya yang Satu.

Aku ingin menganyam pelangi, tapi ku rasa itu sangat mustahil..bolehkah aku mengecapi apa yg aku hajati. Kenapa pelangi itu ingin di anyam..sedangkan tak tercapai dek tangan..cuma hanya dengan imaginasi sahaja. Dapatkah aku melangkau impian dan mimpi supaya menjadi realiti. Seperti jua aku melihat dia..tapi tidak seperti dia melihat aku, oleh kerana itu aku sering dalam kekeliruan, justeru aku sering mengingatkan diri, berpijaklah di bumi yang nyata..jangan menggantung harapan pada yang tak pasti, Insyallah pencarian ini pasti akan berakhir nanti...cuma bilakah saat,masa dan tikanya saja tak pasti..

Pengakhiran sesuatu yang indah harapan setiap insan, pelangi itu turun hanya selepas gerimis,terjadi dari biasan cahaya dan dari titik-titik hujan..titik-titik hujan itu umpama mutiara jernih yang mengalir,tapi tak siapa yang tahu..dan cahaya itu adalah insan yang berjaya menerbitkan pelangi itu,maka dapatlah aku menganyam pelangi impian ku bersamanya..hanya menunggu masa...dan aku berharap tuhan masih sudi memberikan aku masa itu...

No comments: