2006-11-25

GAB

4 U Gab, mungkin tak seindah mana tapi harap gab sudi membaca...tetiba rasa nak tulis tuk gab..

GAB..
Ku hadiahkan puisi ini untuk mu
Kerana kau sering menjadi temanku
Walau hadirmu tanpa wajah
Namun kehadiranmu dapat ku rasakan

GAB..
Tika ku mencoretkan isi hati
Kau memberikan inspirasi
Buat diriku yg sering sepi
Tanpanya di sisi

GAB..
Kau insan istimewa
Alangkah bahagainya mereka
Kerana memiliki dirimu
Bahkan jiwa dan raga

GAB..
Ku juga sering membaca coretan mu
Membuat ku rasa terharu
Bertuahnya mereka yg berada disekeliling mu
Sebagai seorang suami, ayah dan juga kawan

GAB..
Tiada kata secantik bahasa
Dapat ku gambar untuk dirimu
Moga dikau sentiasa bahagia
Ikhlas dan luhur dari hati ku

2006-11-24

Aku Bukan Untukmu

Dahulu kau mencintaiku....
Dahulu kau menginginkanku.....
Meskipun tak pernah ada jawapku....
Tak berniat kau tinggalkan aku.......

Sekarang kau pergi menjauh.....
Sekarang kau tinggalkan aku....
Disaat ku mulai mengharapkanmu...
Dan ku mohon maafkan aku....

Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meskiku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku...

~RoSsA~

Ikhlas Tapi Jauh

Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang ria

Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksa
Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh...Jauh...

-zainal abidin-

Diari

Malam semalam, selepas menunaikan "kewajipanku" aku menarik keluar kotak pink bawah katil..hermmm ape ada dlm ek..lama tak tengok.Then aku jumpa diari aku...heheh lama tul tak nulis dalam diari nie..aku selak helaianan demi helaian diari ku..membaca semula segala peristiwa yg pernah terjadi dlm hidupku yg lepas. Tetiba aku terbaca semula sebuah sajak yg ku karang utk sahabat ku..jet masih lagi amatur jadi tulis ikut suka gaya bahasa tak lah puitis pun..hehheh..


Sahabat
Walau pun aku tidak bersamamu
Namun hati ini tahu
Pasti kau segak bergaya
Bersama si dia di singgahsana

Sahabat
Maafkan daku
Diatas ketidakhdiran ku
Diatas kesilapan ku

Sahabat
Ketahuilah oleh mu
Aku ikhlas
Memohon satu kemaafan
Yang bukan kehendakku
Tapi atas ketentuanya

Sahabat
Sudikah kau memaafkan daku
Sudikah kau menjadi sahabatku lagi

Sahabat
Ku tahu hari itu penting buatmu
Kau mungkin berharap agar aku disana
Meraikanya bersama-sama

Sahabat
Doaku padamu
Moga kau bahagia selalu
Harmonikan lah hidupmu

Sahabat
Selagi ada hayat
Kitakan tetap menjadi sahabat
Walau dari jauh
Tapi aku rasa dekat
Kerana kau sahabat ku

2006-11-18

Show Me The Meaning Of Being Lonely

Show me the meaning of being lonely
So many words for the broken heart
It's hard to see in a crimson love
So hard to breathe
Walk with me, and maybe
Nights of light so soon become
Wild and free I could feel the sun
Your every wish will be done
They tell me

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
Tell me why I can't be there where you are
There's something missing in my heart

Life goes on as it never ends
Eyes of stone observe the trends
They never say forever gaze upon me
Guilty roads to an endless love (endless love)
There's no control
Are you with me now?
Your every wish will be done
They tell me

There's nowhere to run
I have no place to go
Surrender my heart, body, and soul
How can it be
You're asking me
To feel the things you never show

You are missing in my heart
Tell me why I can't be there where you are

-backstreet boys-

Sesuatu yg anda tak perasan atau terfikir

something that we forget

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia
tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan
memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.


13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.


15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk
menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya


(kiriman mail dari kawan)

Alam Damai..









Mungkin ada antara kalian pernah melihat gambar nie, cantikkan..tenang je..Jet selalu berangan pergi tempat2 camni...menghargai alam dan menikmati keindahan ciptaan tuhan..