2006-08-09

Laman Mega Gathering Cherating..

Okeh..kali nie kita akan buat event yg agak besar so kengkawan meh lah join kami di Laman Mega Gathering di Cherting..

Tempat : Ranting Resort ( 3 Hari 2 Malam)
*Lelaki & Perempuan bilik asing2 yer, kecuali berkeluarga

Tarikh : 3,4,5/11/2006 bersamaan 11,12, & 13 Syawal..


Tempat/Masa bertolak : Perkarangan Masjid KLCC/10.00a.m
*sessi perkenalan, penyerahan baju & bacaan doa selamat sblm bertolak

Harga : RM150 seorang (termasuk makan &minum & cenderahati*)
RM300 suami & isteri + 3 org anak
*jika budget ok

Setiap chatters akan mendapat t-shirt(termasuk isteri kecuali anak)

Cara bayaran korang kena bayar kat aku dulu deposit sebanyak RM75(single), RM150(berkeluarga) untuk mengkonpemkan bahawa korang akan join, ok kan syarat tu.


So nie no akaun aku : Mariani Mokhtar

No. Akaun : 154044628392( Maybank Wadiah)

Sesiapa yang dah bank in kan duit kamu fax kan aku slip tu @ yang guna on-line give me a call bagi tahu yg korang dah bank in kan duit. No fax ku ialah 03-42701695 & telefon ku ialah 019-6945001 ok.Sekirannya anda membatal kan penyertaan wang anda tidak dikembalikan , harap maklum.

Bayaran boleh di buat secara ansuran jugak cth hujung bln 8 & hujung bln 9. Tarikh tutup pembayaran pada 30/09/2006 selepas dari tarikh ini sebarng surat menyurat tidak akan di layan bagi mereka yg ingin mendapat kan t-shirt, kerana mereka yg bayar lewat dari tarikh tersebut masih diterima tetapi tiada t-shirt di berikan sebab kita kena tempah baju tuu nanti tak siap pulak yer tak!!!....:)

Ok geng itu aje info buat masa nie, jika ade ape-ape yg korang kurang faham boleh call adam atau ice.Semoga kita dapat bergembira bersama bagi mengeratkan silaturrahim antara kita, dan jugak jika ade antara chatters yg tidak dapat pergi tapi ingin menyumbang untuk Mega Gath nie amat di alu-alukan. Sekian, terima kasih..

Co-ordinator:

Adam - 0172376654
Ice- 0193077791

Perhatian: Kepada mereka yg telah memberi nama boleh membuat pembayaran mulai sekarang dah menyerah kan saiz baju anda kepada saya atau co-ordiantor yg terlibat.Harap Maklum



Rakan-rakan laman







Salam pada semua..ni adalah antara rakan2 sama-sama join makan2 pada hari sabtu yg lepas 05/08/2006..kat Kelab Sultan Sulaman , Kg Baru..sorry kalu gambar ni gelap, tapi aku suka camnie wakakak penat korang nak fokus kan.Tulah sape suruh sombong sngat tak mo join hari tu. Ada rakan dari serawak, seremban, muar tak lupa jugak sungai petani yg datang..meriah jugak lah. Antara yg hadir.. Adam n wife, Jkong n wife, Abgbest, Apple, She, Ice_Latte, Marfio7, Rush, Tun_Sri _Lanang, Grapes_Gal, Jet809, Rai(kalu aku tak silap), Lanun,Ayangmas, kwn tun, kwn rai, Labu, kwn labu, Afinsngt, Reddrgon erm..ermm ade ke yg aku tertinggal nie...sory pada yg aku tak sebut namanya..Ram ku rendah lah.Tapi dlm gambar nie ade yg tak ade..hehehhe..termasuklah muka aku..whehhehe..so enjoy kengkawan semoga jumpa lagi..

2006-08-08

Suka-suka je..


Nie sekadar suka-suka hopefully tak ader yg jadik camnie..kekekekek..

2006-08-02

Selamat Menyambut Hari Pahlawan Dan Hari Merdeka

31/7/2006..smlm kita menyambut Hari Pahlawam bagi negara kita Malaysia. Mungkin dewasa ini tak ramai anak2 muda yg menghayati erti Hari Pahlawan. Bagi aku pulak Hari Pahlawan ini penting kerana memperingati jasa2 mereka yg terkorban dalam mempertahankan negara dari serangan musuh. Mungkin kerana ayahku sendiri adalah seorang pesara,bahkan kedua2 orng datuk ku juga pernah berjuang demi sebuah kemerdekaan.
Kadang kala bukan pingat atau darjat yg mereka inginkan tapi cukuplah jika anak bangsa tahu meghargai jasa dan perngorbanan mereka mempertahan kan bumi yg bertuah ini. Untuk mendapatkan kan kemerdekaan bukan mudah dan untuk mengisi kemerdekaan itu juga tidak mudah. Aku tak pasti sama ada kalian bersetuju dengan apa yg aku tuliskan ini tapi ini adalah hakikat yg sebenar apa yg melanda anak2 muda zaman ini.
Dan tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pula, dan sekali lagi kita akan di ingatkan tentang sejarah silam.Tapi berbaloi kah segala sambutan yg dibuat sekiranya kesedaran dan keinsafan dalam diri setiap insan itu masih di takuk yg sama. Setiap orng mempunyai definasi tersendiri mengenai kemerdekan, tapi apakah erti kemerdekaan yg sebenar2nya. Adakah benar kita hanya merdeka dari zahir nya sahaja tapi sebenarnya kita masih di jajah.Kalau nak di huraikan dan di fikirkan memang perjalan kita ini masih jauh, masih banyak liku yg perlu di lalui, semua pihak kena mengambil peranan, bak kata orng kesedaran itu bermula dari rumah, entah betul atau tidak aku pun tak pasti.Apa pun kesedaran perlu wujud dalam diri setiap insan.
Bahkan aku rasa bersyukur kerana negaraku yg betuah ni masih lagi merdeka, tidak sperti negara2 yg sedang bertelagah itu..aku masih mampu menghirup udara yg segara( tercemar dek asap kenderaan), keluar berjalan2 tanpa rasa takut dan was2 itulah nikmat kemerdekaan yg kita kecapi.Tentu masih awak untuk aku menyatakan tentang ini semua tapi aku tetap ingain mennucapkan Selamat Hari Pahlawan dan Hari Kemerdekaan.

Dealova

Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh...Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memuja mu

Tampamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh...Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhelakau selalu ada

Oh...

Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang....dan sepi
Dan sepi...

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udra yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada...
Kau selalu ada...
Selalu ada...
Kau selalu ada...



2006-07-28

Akhirnya pergi jua..

Tanggal 25/07/06 yang baru berlalu adalah tarikh kematian pakcik di kampung, aku menerima berita sedih tu ketika aku baru nak memulakan tugas di pejabat hari tu. Ketika tu aku sedang berbual dgn bos aku pasal pakcik ku ini, kerana di menghidap penyakit yg sehingga kini belum di jumpai penawarnya. AKu memang terkejut antara percaya dan tidak..kakak ku di kampung menangis2 menelefon aku agar pulang..tak lama selepas tu mak pulak telefon. Aku terus meminta kebenaran dari bos ku untuk pulang ke kampung.

Dalam perjalanan ke kampung aku berharap agar aku sempat melihat jenazahnya kerana beliau harus di kebumikan segera atas sebab penyakit yg di hadapinya.Alhamdullialh kami sempat sampai, bahkan pakcik2 dah makcik2 ku dari JB dan S'pore jua sempat melihat jenazah.Ketika aku sampai mereka sedang memandikan beliau bau air mandian bukan dari kapur barus tapi dari clorox..sedih rasa hati..tapi itulah caranya. Setelah di kapan aku dapat lihat muka sahaja..kulit mukanya cantik lagi..
Aku di beritahu buah pinggang nya tidak berfungsi lagik..beliau pergi dgn mudah sekali walupun penyakitnya kronik..pakcik ku bertuah di tidak disisih keluarga, kerana aku pernah mendengar berbagai cerita jika mereka yg senasib dgn pakcik ku ini meniggal ade keluarga yg tak mahu terima..sesungguh nya dia bukan orng asing, dia tetap keluarga kami.. mungkin itu kesalahan yg lalu, bnayk perkara yg dia dah lalui ketika hayatnya..masyarakat sentiasa memandang serong insan sebegini, yg lepas tetap berlalu bagi aku dia dah cukup insaf dng kesalahan yg lalu, kerana mak ku tak putus2 mencari penawar bagi nya..dan dia sanggup mengikut kata kelurga..bermakna dia dah insaf..
bagi aku jugak penawar mujarab adalah keluarga sendiri yg tak putus2 bagi dorongan dan sokongan walaupun kadang kala kerenah mereka melelahkan, meraka tak patut di sisih, pakcik sempat lagik bekerja di kilang sebelum dia semakin tidak sihat.Raya tahun nie pastu sunyi tanpa nye kerana dia suka melayan anak2 buah nya..main bunga api, bakar mercun..pasang pelita keliling rumah..seronok..semua tuu tinggal kenangan je..ape pun aku berharap agar dia tenang di sana, semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas nya.Amin...

2006-06-27

Awas Mungkin Gila Oleh Cinta

Oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer
pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta, kawallah
diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan
melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri,
jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.

Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan
diri, jangan sampai dia bosan. Berpadalah pada waktu
hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda
hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala
menulis sesuatu untuknya.

Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia
mungkin berbeza. Tatkala anda sedang resah digelut
rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia
mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan
pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga. Usah
terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah,
gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan
nyata panggilan anda tidak bersambut. Dia mungkin
dalam situasi tidak boleh diganggu. Emosinya mungkin
tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu. Usah
terlalu kerap menghantar surat berjela-jela
panjangnya. Dia tentu tidak ada masa untuk memikirkan
hal anda selalu.

Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak
begitu. Berpada tatkala hendak menghubunginya. Baca
pergerakannya. Kalau awal pagi biasanya dia sibuk
untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan
minta dimanja pada waktu ini, dia akan bosan dan
tertekan.

Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu
hendak mendengar suaranya, tetapi tahukah anda apa
situasi yang sedang dilaluinya? Dia mungkin di tengah
medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu keputusan
yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut
bertenanglah dulu. Berikan tempoh sejam atau setengah
jam. Kemudian telefonlah balik. Jika dia tidak
menyahut fahami dirinya. Memang ada ketika-ketikanya
kita tidak ingin diganggu.

Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda, tetapi
hambatan kerja kadang-kadang memaksa kita kematukan
diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan
lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya
proses perkenalan – untuk mengenal dan membina
keserasian. Jika anda gagal memahami kesukaan dan
kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung,
anda bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan dia juga
bukanlah calon yang sesuai untuk anda.

Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta,
terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa
untuk berfikir sebagaimana seharusnya. Fikirkan juga
emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda.
Sekiranya dia tidak mengangkat panggilan anda, usah
diulang bertalu-talu. Dia tentu sedang sibuk dan tidak
upaya untuk melayani anda.

Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina
perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau
terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu
sayang, usah terlalu diturut nanti tindakan-tindakan
akan menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci,
menyampah dan sakit hati.

Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia
biasa. Manusia sentiasa belajar memahami orang lain,
sebaliknya manusia luar biasa tidak kisah dengan
perasaan orang.

Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami
dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda
serta merta. Berikan dia masa. Dia akan menghubungi
anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan
dia tidak sayang, tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup
ini banyak kecemerlangan perlu digapai. Kesemuanya
menuntut kesungguhan. Cinta, kasih dan sayang itu
jadikan booster kekuatan mencapai kejayaan.
Hidup akan lebih indah kalau orang memahami.

Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat kita
tidak patut gila sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi
kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah
bercinta jika cinta itu hanya akan menjadikan anda
bagaikan tidak siuman.

email dari adam(ac)