2006-08-02

Selamat Menyambut Hari Pahlawan Dan Hari Merdeka

31/7/2006..smlm kita menyambut Hari Pahlawam bagi negara kita Malaysia. Mungkin dewasa ini tak ramai anak2 muda yg menghayati erti Hari Pahlawan. Bagi aku pulak Hari Pahlawan ini penting kerana memperingati jasa2 mereka yg terkorban dalam mempertahankan negara dari serangan musuh. Mungkin kerana ayahku sendiri adalah seorang pesara,bahkan kedua2 orng datuk ku juga pernah berjuang demi sebuah kemerdekaan.
Kadang kala bukan pingat atau darjat yg mereka inginkan tapi cukuplah jika anak bangsa tahu meghargai jasa dan perngorbanan mereka mempertahan kan bumi yg bertuah ini. Untuk mendapatkan kan kemerdekaan bukan mudah dan untuk mengisi kemerdekaan itu juga tidak mudah. Aku tak pasti sama ada kalian bersetuju dengan apa yg aku tuliskan ini tapi ini adalah hakikat yg sebenar apa yg melanda anak2 muda zaman ini.
Dan tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pula, dan sekali lagi kita akan di ingatkan tentang sejarah silam.Tapi berbaloi kah segala sambutan yg dibuat sekiranya kesedaran dan keinsafan dalam diri setiap insan itu masih di takuk yg sama. Setiap orng mempunyai definasi tersendiri mengenai kemerdekan, tapi apakah erti kemerdekaan yg sebenar2nya. Adakah benar kita hanya merdeka dari zahir nya sahaja tapi sebenarnya kita masih di jajah.Kalau nak di huraikan dan di fikirkan memang perjalan kita ini masih jauh, masih banyak liku yg perlu di lalui, semua pihak kena mengambil peranan, bak kata orng kesedaran itu bermula dari rumah, entah betul atau tidak aku pun tak pasti.Apa pun kesedaran perlu wujud dalam diri setiap insan.
Bahkan aku rasa bersyukur kerana negaraku yg betuah ni masih lagi merdeka, tidak sperti negara2 yg sedang bertelagah itu..aku masih mampu menghirup udara yg segara( tercemar dek asap kenderaan), keluar berjalan2 tanpa rasa takut dan was2 itulah nikmat kemerdekaan yg kita kecapi.Tentu masih awak untuk aku menyatakan tentang ini semua tapi aku tetap ingain mennucapkan Selamat Hari Pahlawan dan Hari Kemerdekaan.

8 comments:

~ GAB ~ said...

Selamat Hari PAhlawan... Jgn lupa Makam Pahlawan....

nanies said...

Wheheh gab..makan or tugu pahlawan ek..ke dua2nya sama je

Anonymous said...

Jika perlu marah, marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar;
jika perlu menangis, menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang;
jika perlu patuh, patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

m i n e r a l . . . said...

perhhh sharkkk terharu i :)
lama aku tak dgr shark mengilai hihihi

nanies kita juga pahlawan, mewarnai negara kita dgn cara yg tersendiri. . .

nanies said...

shaark: bravo..bravo shaark..muahhh i lap ur peluh shaark coz penat nak karang ayat tu..

mineral : yer kita mmg pahlawan dgn cara kita yg tersendiri..

pembetulan ayat: makan is makam*

nanies said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nanies said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

heheheheheh nanies..ayat tuh aku ciplak...tak tau sapa punyaa...tapi sesuaikan letak kat sini. Terima kasih tolongn lapkan peluh aku....muahss naniess