2006-09-15

Cardio-Pulmonary Resuscitation

Jet terdetik untuk berkongsi sedikit pengetahuan yg jet pelajari baru-baru ini. Mesti korang heran ape lah kebenda tajuk kat atas tu, bagi yg dah tahu baguslah bagi yg tak, itulah nama penuh bagi CPR yang selalu kita sebut2.
Adalah satu kelebihan sekiranya kita tahu bagaimana untuk melakukan CPR, kerana ia bukan sahaja boleh menyelamatkan nyawa orng yg kita sayangi, bahkan mungkin boleh menyelamatkan nyawa orng lain. Contohnya apa yg berlaku kepada arwah Hani Mohsin, mmg ajal dan maut itu di tangan tuhan tapi sekiranya ada di antara staff atau pun orng di sekeliling tempat tersebut yg tahu mengenai CPR ini mungkin beliau boleh di selamatkan sebelum anggota penyelamat sampai.Dan di sebab kan itu terdapat 'term' baru dlm bidang perubatan iaitu 'Syndrome Hani'.
Mungkin kita tak tahu, jika otak tidak mendapat oksigen dalam masa 5 minit selepas dia pengsan sesorang itu boleh meniggal dunia dan sekiranya mendapat bantuan tapi lambat mungkin hidup tapi otak sudah tak berfungsi lagi, kiranya dia dah jadi sayurlah (vegetable) dan akhirnya meniggal juga. CPR bukan untuk meraka yg dewasa sahaja malah untuk kanak2 dan juga bayi. CPR juga bukan hanya untuk mereka yg sesak nafas atau serangan jantung sahaja malah untuk mereka yg tercekik jugak boleh di lakukan CPR. Seperti iklan susu Nestle sinerio di restoran tu, bagi jet iklan tuu mmg bagus kerana itu adalah salah satu cara menyelamatkan mangsa yg tercekik.Tapi harus di ingat ade teknik nak tekan perut orng tu, jgn main tekan je sakit woo..heheh.
Sebenarnya ini kali kedua jet mengikuti kelas CPR bukan ape saje nak mengingat semula ape yg jet pernah pelajari. Jadi jet rasa kengkawan jugak patut mencari inisiatif untuk mempelajari CPR, kerana kita tak tahu bila sesuatu perkara akan berlaku.Dan jika ada di antara kita yg dah tahu mengenai CPR hebahkanlah kepada rakan atau jiran bahawa anda tahu CPR, bukan bertujuan menunjuk lagak atau pandai tapi anda mungkin boleh menjadi penyelamat sebelum bantuan tiba.

2006-09-14

Hari ini, semalam dan kelmarin
Dia masih lagi disini
Duduk dan menyepi
Dalam rasa resah dah gelisah.

Hari ini, semalam dan kelmarin
Rindu itu datang lagi
Membuat jiwanya terseksa
Menunggu pujaan jiwa.

Hari ini, semalam dan kelmarin
Matanya menceritakan cerita yg sama
Tawa dan senda sengaja di reka
Bagi melindug jiwa yg lara

Hari ini, semalam dan kelmarin
Air mata yg diseka akhirnya jatuh
Tapi tiada siapa yg tahu
Kerana dia malu
Dia malu

Hari ini, semlam dan kelmarin
Azam nya tetap sama
Tekadnya tetap sama
Melupakan pada yang tiada
Melepaskan apa yg bukan miliknya


Hari ini, semalam dan kelmarin
Tekad dan azam tinggal kenangan
Kerana hatinya rapuh
Kerana dia tak mampu
Kerana dia..adalah dia

2006-09-08

Kenangan Terindah

aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

darimu
kutemukan hidupku
bagiku
kau lah cinta sejati

yea ohh

bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah

ohh

SamSon

2006-09-05

Layann....zass

Pada 30/09/06 yang lalu aku serta rakan2 yg lain telah berangkat ke Pasir Gudang Johor, kerana kami menyertai sukan KPJ di sana.Perjalan pagi tu di iringi dengan hujan lebat dari kl sampailah ke jb, diaana kami tinggal di Tanjung Puteri Golf Resort..cantik tempatnya, tenang, selama 5 hari kami berkampung di sana. Aku tak masuk ape2 acara ,cuma sebagai medik team sahaja..tapi tetap satu tugasan yg penat. Sesambil tu aku jadi penyokong kepada pasukan kami...wheheheheh..mana leh tahan beb duk je..tu lah sore nie dah jadik serak..tapi tak lama lagik oklah nie..Tapi sayang aku tak ada gambar nak letakkan kat sini,coz gambar aku kat dalam orng lain punyer kamera.
Ramai peserta dari 15 buah hospital datang bagi memeriah hari tersebut, termasuk dari sabah dan serawak..kira 620 orng semua nya. Tak silap aku hospital aku tempat ketiga keseluruhan...(heheh masa depa announce tuu aku g mana tah). JB 1st overall winner diikuti northern region 2nd. Apa yg menyeronokkan dapat berjumpa dgn para pekerja dari hospital yg lain dan bersaing secara sihat, walaupun terdapat ketidakpuasan hati, tetapi adat bertanding ade menang dan kalah.
Tahun depan sukan KPJ di adakan di Selangor pula, so yg akan organise ialah Damansara dan Selangor Medical Centre. Hospital aku dan Tawakal duk rileks lahhh...lkekekekek...maybe korang pelik kan..sekarang nie klang valley dah ade dua team. Hermm aku tngah letih nie..saje layan kepala menulis niee..kalu citer aku nie tak best..sorry lah geng.....wassalam..