Hari ini, semalam dan kelmarin
Dia masih lagi disini
Duduk dan menyepi
Dalam rasa resah dah gelisah.
Hari ini, semalam dan kelmarin
Rindu itu datang lagi
Membuat jiwanya terseksa
Menunggu pujaan jiwa.
Hari ini, semalam dan kelmarin
Matanya menceritakan cerita yg sama
Tawa dan senda sengaja di reka
Bagi melindug jiwa yg lara
Hari ini, semalam dan kelmarin
Air mata yg diseka akhirnya jatuh
Tapi tiada siapa yg tahu
Kerana dia malu
Dia malu
Hari ini, semlam dan kelmarin
Azam nya tetap sama
Tekadnya tetap sama
Melupakan pada yang tiada
Melepaskan apa yg bukan miliknya
Hari ini, semalam dan kelmarin
Tekad dan azam tinggal kenangan
Kerana hatinya rapuh
Kerana dia tak mampu
Kerana dia..adalah dia
2 comments:
I am the type of person that kind of hard to understand poems but not an excude for me not to be romantic though.I am... a romantic person.
Anyway, I do appreciate beautiful words.
yupp..gab mmg romantik...hehehhhe..yeke??
Post a Comment