2007-10-09

Sandaran Hati

yakinkah ku berdiri
di hempa tanpa tepi
bolehkah aku
mendengarmu

terkubur dalam emosi
tanpa bisa bersembunyi
aku dan nafasku
merindukanmu

terpuruk ku di sini
terangi dia yang sepi
dan ku tahu pasti
kau menemani

dalam hidupku
kesendirianku

teringat ku teringat
pada janjimu ku terikat
hanya sekejap ku berdiri
kulakukan sepenuh hati
peduli ku peduli
siang dan malam yang berganti
pedihku ini tak ada arti
jika kaulah sandatan hati
kaulah sandaran hati
sandaran hati

inikah yang kau mau
benarkah ini jalanmu
hanyalah engkau yang ku tuju
pegang erat tanganku
bimbing langkah kakiku
aku hilang arah
tanpa hadirmud
alam gelapnya
malam hariku

~LeTtO~

2007-10-07

Kekuatan...

Aduhhh..susahnya aku nak menerima kenyataan yg di berikan oleh doktor kepada aku ketika aku di masukkan ward baru-baru ni..sehingga blog nie ku tulis aku masih tak percaya aku antara mereka yg menghidap penyakit tu..aku masih merasakan aku sihat..seorang yg sihat..dari segi fizikal dan kini aku mesti kuat dari segi kedua-duanya, aku masih berharap ini semua hanya mimpi dan aku harus segera bangun dari mimpi ku ini. Sebab tu lah aku mintak keluar segera dari ward untuk berjumpa dengan teman-teman pada 6/10/07 yg lalu...kerana aku tak mahu memikirkan aku nie berpenyakit.




Lembaran yg bakal ku sambut jugak terasa hambar pula..jika sebelum ini ku rasa sangat teruja tapi kini tidak lagi..buat masa ni teman yg tahu sakit aku nie cuma tapir..dia lah orng pertama tahu then kakak2 aku yg aku suruh rahsiakan dari mak n abah..dan sorang lagi rakan laman yg aku percaya..tapi sampai bila nak sorok ek..at last my sister kasi tau jugak kat my parents. Hemmm..rasa bosan tul..macam dunia nie rasa sempit je..semuanya terbatas..




Tapi sebagai memikirkan dari sudut yg positif..adalah bagus aku mengetahui perkara ini dari awal lagi..agar aku dapat mengawal keadaan..mungkin rasa malu dan segan dalam diri ini membuatkan aku jadi begini.. sbb selama ini aku tak pernah terfikir akan perkara ini..aku merasa segan dengan teman -teman di hospital juga..yerlah siapa yg tak kenal aku..bila meraka tahu perkara ini, mereka sendiri terkejut dan bertanyakan kepada ku bagaimana perkara ini boleh berlaku..aku hanya boleh menjawab bahawa aku pun tak tahu..sebab aku tak pernah mengalami apa2 simptom sebelum ini. Kini aku sering memikirkan tentang hari-hari esok yg bakal aku lalui. Aku amat berharap apa yg akan aku lakukan di lakukan dengan penuh keazaman dan kekuatan bagi diriku ini. Aku tak mahu hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja..aku kena membuktikan bahawa aku boleh mengatasi perasaan ku yg kini bercelaru dan keliru. Seperti sampan-sampan yg teroleng-oleng di pukul ombak tanpa kemudi..supaya aku bisa merasa tenang semula..supaya ku bisa merasa kembali perasaan seperti dahulu lagi...
Buat rakan-rakan yg masih lagi ku rahsiakan apakah sakit ku ini...sabar ya bagi jet masa tuk meceritakan apa sakit jet nie.....kerana jet masih mencari kekuatan itu...






2007-10-01

Selamat Hari Raya

Assalammaalaikumm kepada semua rakan-rakan yg mengenali diri jet nie, di kesempatan ni jet menyusun sepuluh jari kepada rakan-rakan sekalian memohon maaf jika ada diantara sedar atau tidak jet ada menyakiti hati kalian semua. Semoga Aidilfitri yg bakal menjelang tiba memberi satu cahaya yg amat bahagia buat semua, ketika memandu nanti berhati-hatilah yer..semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Jet akan pulang ke kampung pada 12/10/07 lepas keje..hehehhe..ptg nak raya tu.... dan jet tak sabar nak jumpa rakan-rakan di kampung baru nanti, jet harap ramai yg hadir. ERmm rasanya tu aje yg jet nak katakan, dan sekali lagi akhir kata..Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin..