2007-10-07

Kekuatan...

Aduhhh..susahnya aku nak menerima kenyataan yg di berikan oleh doktor kepada aku ketika aku di masukkan ward baru-baru ni..sehingga blog nie ku tulis aku masih tak percaya aku antara mereka yg menghidap penyakit tu..aku masih merasakan aku sihat..seorang yg sihat..dari segi fizikal dan kini aku mesti kuat dari segi kedua-duanya, aku masih berharap ini semua hanya mimpi dan aku harus segera bangun dari mimpi ku ini. Sebab tu lah aku mintak keluar segera dari ward untuk berjumpa dengan teman-teman pada 6/10/07 yg lalu...kerana aku tak mahu memikirkan aku nie berpenyakit.




Lembaran yg bakal ku sambut jugak terasa hambar pula..jika sebelum ini ku rasa sangat teruja tapi kini tidak lagi..buat masa ni teman yg tahu sakit aku nie cuma tapir..dia lah orng pertama tahu then kakak2 aku yg aku suruh rahsiakan dari mak n abah..dan sorang lagi rakan laman yg aku percaya..tapi sampai bila nak sorok ek..at last my sister kasi tau jugak kat my parents. Hemmm..rasa bosan tul..macam dunia nie rasa sempit je..semuanya terbatas..




Tapi sebagai memikirkan dari sudut yg positif..adalah bagus aku mengetahui perkara ini dari awal lagi..agar aku dapat mengawal keadaan..mungkin rasa malu dan segan dalam diri ini membuatkan aku jadi begini.. sbb selama ini aku tak pernah terfikir akan perkara ini..aku merasa segan dengan teman -teman di hospital juga..yerlah siapa yg tak kenal aku..bila meraka tahu perkara ini, mereka sendiri terkejut dan bertanyakan kepada ku bagaimana perkara ini boleh berlaku..aku hanya boleh menjawab bahawa aku pun tak tahu..sebab aku tak pernah mengalami apa2 simptom sebelum ini. Kini aku sering memikirkan tentang hari-hari esok yg bakal aku lalui. Aku amat berharap apa yg akan aku lakukan di lakukan dengan penuh keazaman dan kekuatan bagi diriku ini. Aku tak mahu hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja..aku kena membuktikan bahawa aku boleh mengatasi perasaan ku yg kini bercelaru dan keliru. Seperti sampan-sampan yg teroleng-oleng di pukul ombak tanpa kemudi..supaya aku bisa merasa tenang semula..supaya ku bisa merasa kembali perasaan seperti dahulu lagi...
Buat rakan-rakan yg masih lagi ku rahsiakan apakah sakit ku ini...sabar ya bagi jet masa tuk meceritakan apa sakit jet nie.....kerana jet masih mencari kekuatan itu...






12 comments:

jaketbiru said...

jet.. terima simpati dari nide yang ikhlas ini.. apa pun.. jet tetap kawan nide dan doa ku agar jet tetap sejahtra sepanajng hayat..

arZOoo said...

ermmm nani...jgn d pk sgt...apapun sume tuh dari Allah n for sure ade hikmah disebaliknya...just take care of urself in terms of mcm yg aku ckaplah yek, tukar segala apa yg patut d tukar...small matter tuh, jgn risaulah...kalo sume d tukar nothing will happen..k njoy raya in a good way...

HazuraHamzah said...

salam ziarah ptg senin...

dugaan dtg dan pergi... setiap yg terjadi ada hikmah tersembunyi..
bersabar dgn dugaan ini.

tumpang simpati..

13may said...

Uhhh....semoga tabah...

selamat hari raya.

nanies said...

nide , azuu , hazurah n 13may...terima kasih

Anonymous said...

Take care of yourself my dear fren. Anggaplah apa yang terjadi sebagai dugaan dari Allah semata² untuk insan² yang disayanginya. We're always here for u..

Anonymous said...

Well nanie

Get well soon and hope you will be strong to face the truth and in time of this emotional difficulties , its will take time and patience to come to term with. But with a supporting and caring families and friends such as Azu , thing will be brighten up..Nothing to worry about even though its will have an impact on your self esteem

Sickness is a compelling intimation of mortality...everybody will go through it sooner or later...so its much better you are in the know at the beginning stages were step can be taken to adjust and taking care of ...so no worry and you can go make it ..Just think positively and never ever have any self pitying..
never ever "why me "

Get well soon and be happy

selamat hari raya.


Faz

nanies said...

faz-> thanks drop by n advise..yupp saya dah boleh menerima hakikat skrang dan berusaha untuk memperbaikinya..

shark-> mekasih shark

Anonymous said...

setiap penyakit yang di turunkan oleh NYA ada penawar...moga nani akan tabah dan kuat kan semangat untuk menempuhnya...df n bro zz akan sentiada doakan nani..

Anonymous said...

mommy,

bersabarlah dlm menghadapinya.. kerana penyakit itu adalah penghapus dosa..

jaga diri baik2..

-cinderella-

~elly~ said...

aku xtau sbnrnya ko sakit ape.. aku pn lewat baca blog ko ni.. anyway aku harap ko tabah hadapi segala dugaan dariNya.. aku tau dan yakin NANI boleh...

Nuts@Kacc said...

b strong girl..i know u can.betul kata azu,tuka la apa yg patut..ramai yg mengalaminya,cepat or lambat je..in ur case,tercepat skit but its good actually.ko leh bersedia dr awal..its shows that HE loves u n always loves u.amin.