2007-09-11

Dalam Diam

Duduk atas sofa tu..menghadap cermin tingkap, di depan mata terhidang pemandangan di luar, kenderaan bertali arus. Langit kian mendung nak hujan agaknya, dan dia masih di sofa merenung ke luar dengan pandangan yg kosong. Cuma yg berkata-kata di dalam hati sahaja..jadi apa pun yg nak di katakan tak siapa yg akan mendengar. Dia mmg suka duduk di sofa tu..sebab dari situ dia leh melihat ke luar tingkap pejabatnya dengan tenang, dapat melihat langit itu yg penting...

Kalu ada yg menegur dia buat tak tahu aje..paling2 tidak tesenyum itu pasti..apa yg di fikirkannya..ermm macam-macam sebenarnya cuma dia je malas nak melayan sangat...kekadang dia duduk di situ kerana teringat kawan lamanya ...yg dirindui nya(ehem..ehem) tak pun benda2 lain yg tak masuk di akal..wakakkaka.

Sebut pasal ehem-ehem..lama sudah tak dengar kabar..dia pun tak pasti ape kah akhirnya kerinduan ini. Rasa-rasanya seprti telah ditinggalkan cuma akal dan hati tak mahu menerima kenyataan. Dia mmg tahu bahawa suatu hari nanti dia pasti akan ditinggalkan seperti wanita2 yg lain tu, cuma dia masih lagi menaruh harapan. Kerana prinsp nya jika mahu ditinggalkan hendaklah di beritahu bukan hilang begitu sahaja..baru diri merasa puas.

Orang kata apa itu hak mereka sebab sekian lama bersama dia bahagia, dia tak kan menangis lagi itu mmg pasti kerana dia dah lali tapi tak bermakna dia tak ada hati dan perasaan cuma dia sudah lama bersedia jika hal itu mmg benar2 terjadi. Cuma dia rasa berterima kasih kerana dia dibenarkan memberi kasih dan sayang pada insan yg di anggap seperti abg. Dan diri nya selalu di nasihati dengan kata2 yg bernas. Kerana sebelum nie dia mmg tak tahu bagaimana nak meluahkan rasa di hati. Tapi tak bermaksud dia wanita murahan yg meluah apa sahaja kerna dia masih tahu batas-batasnya. Dengan orng yg dirindu dia belajar ape itu sayang, apa itu kasih ...di beri peluang memberi dan menerima ...dan dia juga berterima kasih kerna dia diterima seadanya. Kerana sering dia merasa rendah diri lantaran jurang antara mereka, tapi keihlasan nya membuat diri dihargai menepis segala prasangaka.

Jika di takdir dia menghubungi..ingin sekali meluahkan rasa hati buat sekian kali, agar jika terpisah oleh jarak dan waktu sekali lagi dia tak akan berasan terkilan untuk menyatakan kan kata-kata yg terakhir untuk dirinya..insan yg sering di rindu dalam diam dalam sepi...

Selamat Menyambut Ramadhan Al - Mubarak 1428 Hijrah


[Ramadhan.jpg]

Hari nie bukan main bersemangat nya jet nak ke cc nie...ada semacam satu tarikan lak...tak sabar-sabar nak nulis dalam blog..bukan ape..jet takut nanti jet tak sempat nak ke cc..alang-alang jet overtime rini jet singgah lah cc. Tak lama lagi nak nyambut ramadhan kan ..so di kesempatan nie jet nak mungucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak..kepada semua teman-teman cyber samada yg jet kenal atau pun tidak..semoga kita semua dapat menjalani ibadah ini dgn sesempurna yg boleh.

Lelaki Ini

kaSih, keNanganKu
inGatkah saaT-saaT duLu
kaSih, aPakah diriMu
meRasakan seMua iTu
keManapun LangKahku perGi
ku maSih meLihat bayaNganmu cinTaku
dan keManapun aRah anginKu berLari
haTi ini maSih kau miLiki
LeLaki iNi yaNg seLaLu menCinTamu
seLaLu, tanPa raGu
LeLaki iNi yaNg seLaLu memuJa
haNya diRimu
yang berTakhTa dLm sanuBariku
saNuBariku
aKu yg menCintaKanmu
hanYa diriMu
kareNa cinTaku
tak terBatas wakTu
kareNa cinTaku
tak menGenaL jeNuh haTimu
haTimu...


~AnUaR ZaIn~

Mekasih tapir..aku amik kat blog ko je..malas nak tukar font tu...kekekek....

2007-09-03

Tak tahu macam mana nak mula, tapi hati nie ada berbagai cerita yg nak di coretkan kan..semua seperti satu tali yg bersimpul minta dihuraikan agar dapat mencari jalan keluar dari suatu kekusutan. Ermm belum terlambat bagi ku untuk mengucapkan selamat hari merdeka kepada semua teman-teman samada yg ku kenali atau pun tidak..tidak terjangka oleh akal, aku masih dapat menyedut udara di bumi bertuah ini untuk menyambut hari kemerdekaan yg ke- 50 tahun. Tiada agenda istimewa pada hari itu, cuma aku dan kakak ku ke Jjusco Wmaju bersama anak sedara ku..untuk membeli belah. Lewat ptg kami pulang ke rumah. Kerana kesokkan hari nya aku bekerja juga hari berikutnya.
Itu cerita tentang merdeka, dan tak lama lagi ramadhan muncul lagi...dan bersama-sama akan mengerjakan ibadat puasa..tup tap tup tap..dah raya...yihaaaaaaaaaaa.....kekeke...then time-time sblm nak posa nie aku mula lah teringat kat si dia..whehehe...rupa-rupanya baru aku paham kenapa aku dlm kekusutan aku dlm kerinduan...apelah lah aku nie. Biasalah benda-benda camnie kekadang datang gak.
well..aku rasa tu je yg aku nak merapukan kan...adiosssssssss...

2007-08-15

Aucakkkk....

Hai kengkawan...ermmm rasanya bln nie dah boleh rilek coz jet baru je habis bersukan minggu lepas..dah naik rentung jet nie..heheheh...apa nak buat sepanjang sukan tu panas je..kami berkampung di Country Villa di kajang dan bersukan di uniten, ada sesetengah acara di buat di house club di tempat kami berkampung..mmg cantik tempat tu...dan cantik2 jugak rumah2 yg berkelas lima bintang kat dlm tu..hari2 jamu mata..erm..erm..tak sangka ada gak orng malaysia sekaya tu..perghh....



Tahun nie Falcon ada peningkatan gak lah walaupun kedudukan 2 dari bawah..jumlah pingat 13..cuma kami tak dapat pingat emas je..kalu tak sah2 no 3 atau no 3. Dan seperti biasa Ipoh all champion tu mmg tak dapat di sangkal lah..apa pun yg penting kami dapat mengenali antara satu sama lain dan bergembira secara sihat walaupun sore jet jadi tak sihat..kekekke..nanti lah jet lom cuci lagi gambar yg amik aritu..itu pun kalu gambar2 tu semua menjadi...


Dan tahun ini juga satu tragedi terjadi semasa temasya sukan tu..salah sorang peserta meniggal dunia kerana sakit jantung..beri tu kami terima di sebelah pagi hari kedua temasaya sukan..peserta tu dari jb...so segala urusan di lakukan di hospital pakar kajang sebelum di bawa balik ke jb...tulah serba sedikit corat - coret jet semasa lima hari di sana..tahun depan kami berkampung di kuantan pula....tapi tak tahulah terpilih ke tak tahun depan tuk join sukan...just wait n see...

2007-07-17

Aku dah hampir seminggu dapat berita tu..tapi baru hari nie bos kasi aku tngok the official letter tu..sedih gak rasa hati coz hajat ku tak kesampaian. Aku redha terima kenyataan tu..mungkib bukan rezeki aku..walaupun pada mulanya semuanya berjalan lancar..so buat masa nie..aku menjadi lebih sibuk.

Sibuk dengan kerja..sibuk dengan training aku...itu je cara untuk melepaskan tekanan..aku pernah kata kat tapir, kalu aku tak dapat sambung apa yg aku dah apply aku nak pergi kerja kat dia, bila benda nie betul2 dah jadi aku berfikir dua kali gak..sanggup ke aku lepaskan semua yg aku kat sini semata-mata layan hati...aku kena pikir betul-betul coz apa yg aku dapat skrang pun bukan senang...aku belum kasi tahu mak n abah lagi pasal kegagalan aku tu..
Alasan yg mereka kasi takut tak menepati LAN yg telah di tetapkan oleh kementerian buat aku hangin je, kalu dah tahu tu semua kenapa terima application aku, nape suh aku pergi enterview..apa lah punya turrrr..bos aku pun ada gak fight tuk aku, tapi aku tak mo susah kan dia..aku kata anggap je aku tak ada rezeki..apa pun aku akan terus mencuba untuk perkara yg lain pula...harap2 aku masih ada kesabaran dan kesanggupan itu..

2007-07-05

Satu Penantian

Kau yang ku sayang
Dari dulu, kini dan selama-lamanya
Sebelum kenal dirimu
Sebelum jumpa dirimu
Kau sering datang dalam mimpiku

Kata hatiku
Selalu membisik kau adalah milikku
Biar lama pun kutunggu
Saat kedewasaanmu
Daku tak pernah jemu menantimu

Disaat ku sendiri
Ku bayangkan wajahmu
Terkadang ku berilusi
Tentang dikau dan aku

( korus )

Ku harapkan semua ini
Esok kan jadi kenyataan
Dan aku berjanji
Kan ku bahagiakan dirimu selamanya

Kuharapkan semua ini
Akan segera terjadi
Dan semoga nant
iBukan sekadar impian belaka

~ DwEn ~