Jet terdetik untuk berkongsi sedikit pengetahuan yg jet pelajari baru-baru ini. Mesti korang heran ape lah kebenda tajuk kat atas tu, bagi yg dah tahu baguslah bagi yg tak, itulah nama penuh bagi CPR yang selalu kita sebut2.
Adalah satu kelebihan sekiranya kita tahu bagaimana untuk melakukan CPR, kerana ia bukan sahaja boleh menyelamatkan nyawa orng yg kita sayangi, bahkan mungkin boleh menyelamatkan nyawa orng lain. Contohnya apa yg berlaku kepada arwah Hani Mohsin, mmg ajal dan maut itu di tangan tuhan tapi sekiranya ada di antara staff atau pun orng di sekeliling tempat tersebut yg tahu mengenai CPR ini mungkin beliau boleh di selamatkan sebelum anggota penyelamat sampai.Dan di sebab kan itu terdapat 'term' baru dlm bidang perubatan iaitu 'Syndrome Hani'.
Mungkin kita tak tahu, jika otak tidak mendapat oksigen dalam masa 5 minit selepas dia pengsan sesorang itu boleh meniggal dunia dan sekiranya mendapat bantuan tapi lambat mungkin hidup tapi otak sudah tak berfungsi lagi, kiranya dia dah jadi sayurlah (vegetable) dan akhirnya meniggal juga. CPR bukan untuk meraka yg dewasa sahaja malah untuk kanak2 dan juga bayi. CPR juga bukan hanya untuk mereka yg sesak nafas atau serangan jantung sahaja malah untuk mereka yg tercekik jugak boleh di lakukan CPR. Seperti iklan susu Nestle sinerio di restoran tu, bagi jet iklan tuu mmg bagus kerana itu adalah salah satu cara menyelamatkan mangsa yg tercekik.Tapi harus di ingat ade teknik nak tekan perut orng tu, jgn main tekan je sakit woo..heheh.
Sebenarnya ini kali kedua jet mengikuti kelas CPR bukan ape saje nak mengingat semula ape yg jet pernah pelajari. Jadi jet rasa kengkawan jugak patut mencari inisiatif untuk mempelajari CPR, kerana kita tak tahu bila sesuatu perkara akan berlaku.Dan jika ada di antara kita yg dah tahu mengenai CPR hebahkanlah kepada rakan atau jiran bahawa anda tahu CPR, bukan bertujuan menunjuk lagak atau pandai tapi anda mungkin boleh menjadi penyelamat sebelum bantuan tiba.
4 comments:
GAB selalu buat yang bab mulut ke mulut tu je. CPR jugak la kan?
Salam utk NANI
salam GAB..sib baik tembikai susu nie tak terkeluar balik...kekeke..erm rasanya samalah kot kalau teknik cium,peluk & raba(CPR)dipraktikkan..salam lagi sekali GAB sempena bulan puasa akan datang..
bila sebut CPR...byk org pikir benda lain...termasuk la saya:D
salam ramadhan....
Dah lama tak update ni... Sebok ke?
Post a Comment