Jika kamu memancing ikan, dan setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia masih hidup.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar
keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula akhirnya dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah dia seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Kerana apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.
Jika kamu mendapat sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal dan kelaparan.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu. Mengapa mesti kamu berlengah cuba membandingkan dia dengan orang lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal
apabila dia beralih arah.
Sebelum semua hilang berlalu meninggalkan kamu, renungilah sejenak hatimu. Setiap kekurangan pasti akan dapat diatasi apabila kamu mengerti rasa kesyukuran dan kesederhanaan kasih sayang yang wujud adalah kebahagiaan buat kamu selamanya....
(mail dari kawan)
1 comment:
Dari segi fakta lah, kalau memancing, dapat ikan yg tak cukup saiz, digalakkan lepaskan balik sebab ikan tu masih bawah umur, tak boleh menggatal nak masuk kuali dan bermesra dengan bawang cili lagi.
Awhhh... comment GAB ni tak masuk ek utk article nih? wekekekeke
Post a Comment