2006-11-14

DARA

Salam...hermmm besarnya mata bila nengok tajuk tu ek...bukan ape aderlah seorang insan nie bertanya pada jet mengenai dara nie. Dia kata dia baru je break off dgn si buah hati, jet jadi peneman mendengar cerita nya. Lepas tu dia tetiba tnyer kat jet, ape pendapat jet jika gadis yg jet nak kahwin tu dah tak ade dara. Wakakakak so jet kena tukar posisi jadi lelaki lah pulak..hemmm..

bagi jet dara atau tak lelaki zaman sekarang nie bukan pikir sangat( correct me if i'm wrong) kerana tak semua lelaki zaman nie masih ade terunanya..(jgn mare). Jadi bagi jet terpulang pada individu tu sama ada dia leh terima atau tak. Jika lelaki tu jenis yg tidak begitu mementingkan dara tapi, menilai dari segi yg lain, mugkin perwatakan atau pun sifat atau apa saja yg di matanya wanita tu baik atau sesuai tuk diri dia. Tapi jet kondem gak wanita zaman nie, yg terhegeh-hegeh nak bagi dara kat orng sapa suruh, dah gatal sangat tak nyempat2 apa pasal..itu salah sendiri. Tapi ada juga wanita yg kehilang dara di sebabkan oleh aktiviti yg lasak so benda nie kita tak leh nak cakap. Dan terpulang jugak bagi wanita tu sama ada nak berterus terang atau tak pada pasangannya sama ada dia masih dara atau tak..sebab kadangkala ade benda yg kita boleh bagi tahu dan ada benda yg tak..jika kita rasa perkara tu boleh menjejaskan perhubugan antara pasangan memasing jadi biarlah rahsia..tapi dari hal yg lain lebih elok jujur dia antara satu dan lain. Tapi ade yg kata kalu dah sayang tu...semuanya baik belaka.

Jet nie pun bukan pakar sangt bab cinta ke atau apa2 mengenai couple..heheheh tapi skett tu leh lah.. coz jet suka mendengar. Jadi jet suruh member jet tu relax lah dulu..dia pun muda lagik..kembangkan lah sayap tu dulu..nanti kalu ade jodoh jumpa gaks yg sesuai. Tapi korang jgn ingat aweks kawan jet nie tak ade dara lagik ek...korang nie bukan leh caya..buat spekulasi je...kekekekekek

so ape komen korang pasal dara ni pulak.....

6 comments:

~ GAB ~ said...

Hah, biar GAB pakar dalam bab dara mendara ni lak cerita. Benda ni ada sikit sebanyak perhubungannya dengan buah bidara kan? Tak pun Tanjung Bidara. Mungkin GAB confuse sikit.

Seriously, dara ke tak tu tak menjadi hal bila hati dah kata berkenan. Kalau yg si lelaki tu sendiri sudah menghabiskan teruna dengan menghilangkan dara anak dara orang, apa nak kesah lagi bab tu. Yg lecehnya teruna dia expired kerana janda, atau pun jalang.

Kan Tuhan pun ada sebut "Perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik sahaja" (dan sebaliknya). Apa yg penting, kalau ya pun dah terlanjur, Allah tetap menerima taubat seseorang itu, malah mungkin dia menjadi jauh lebih baik dari orang yang tak pernah membuat dosa tersebut.

nanies said...

salam gab...buah bidara nani tak pernah nengok, tanjung bidara..jom ikut nani balik kg...

m i n e r a l . . . said...

hahahaha gab, im can`t stop smiling when u start writing something....

ermm dara yerk... ermmm bunyi cam best tuh....
ada dara tp perangai cam takde dara pun tak guna jet, takde dara tp perangai berubah cam ade dara, bersih,suci (describe sdnri la) ermm tu ok.

kawan jet tu takut pada bayang2 sndiri tu, maybe dia teruna, tp adakah dia teruna cam org ade teruna or teruna cam takde teruna, or terung yg layu didlm kuali...eh silap masuk citer terung lak.

muhasabah diri lebih baik kan jet :)

nanies said...

wakakkaak...aku tak leh komen coz gelak pasal masak terung ko tu tun...wakakakkaka

yea..yea..muhasabah diri..

aku kalu gab nulis nie rasa cam ...cam...tak leh di gambarkan dengan kata2 lah tun ..:)

jaketbiru said...

hmmmm jet..pasal dara ni nide er hanya boleh beri penilaian pada orang yang bertanya tu...
dia ni masih tak layak berkahwin, insan ini hanya berfikir tentang sex jer dan itu petanda kematangannya untuk menjadi suami belum ada..
makna berkahwin belum dia dalami lagi..

istilah rockers yang patut direnungi..
((( elehh tak nak yang dah di pegang tapi ko tu memegang )))

Anonymous said...

hi jet sorry ceroboh blog jet, tatau nak buat ape, yana nak comment gak pasal dara ni, yana rasa tak banyak bende yang kita ade peluang untuk memilikinya, cam dara tu sekali je seumur hidup kita ada kan, rasanya penting kot pada sapa nak diserahkan hihihi...anyway anyhow, good girl is for a good man..hehehhe kelakar aa baca komen GAB...