Semalam aku berbicara dengan seorang teman yg baru kekenali.. semasa kami berbual terbit lah kisah mengenai kawan dan sahabat,jadi aku terpanggil untuk menulis satu kisah yg pernah ku terima di email juga dari seorang rakan. Benda nie aku letakkan dalam loker, jadi ku kira bagus jugak jika dapat di kongsi bersama.
IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka dan duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: " Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan".
"Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali menolong ketika susah." "Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku." " Ku kunjungi seribu negera, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikkan dan begitu sebaliknya. Katanya:" Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam sesuatu keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.
"Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. "Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tidak semua yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala di balas dengan sikap tidak sopan. "Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. "Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
"dia akan memugkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia." "Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.
Iaman Al-Syafie dalam hal ini berkata:" Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.' "Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan". " Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang ku benci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang ku cintai."
No comments:
Post a Comment