Tengah jet nyanyi lagu aisyah tu, jet teringat pulak pada gurindam jiwa..dalam cerita melayu tu..ermm nordin ahmad dng sape ek..tak ingat lah nama pelokon wanita tu..heheh, jadi jet pun tulis lah pasal gurindam nie..kalu ada yg silap betulkan lah ek..
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jgn rindu-rinduan
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali jua
Anak cina memasang lukah
Lukah di pasang di tanjung jati
Didalam hati tidak ku lupa
Bagaikan rambut tersimpul mati
Burung merpati terbang sribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kubur
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Belikan saya bunga kemboja
Jikalau tuan pergi dahulu
Nanti kan saya di pintu syurga
2 comments:
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Nani ni memang lah gempak
Punya wajah yg keMelayuan
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Pernah berkasih semasa bebudak
Kekasih pulak orang berada
Anak cina memasang lukah
Lukah di pasang di tanjung jati
GAB ingin sekali berjumpa
Takut lah pulak GAB terpaut hati
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Tembam pipinya berkulit gebu
Nani ni sah lah gadis idaman
Kalau tuan mudik ke hulu
Belikan saya bunga kemboja
Kalau kita dah jumpa dulu-dulu
Tentu kita sudah berkeluarga
mekasih gab..pandai gak gab nie bergurindam ek...
Post a Comment