2007-12-28

Selamat Tahun Baru

Assalammualaikummm jet harap kalian senantiasa sihat, ermm tak lama lagi tahun 2007 akan menjatuhkan tirainya..dan tibalah pulak tahun 2008 seperti orang lain masing-masing dengan keazaman yang baru, tak ketinggalan juga jet..

Walau apa pun jet harap azam korang pada tahun nie ada yg dah tercapai, yg mana nak tunang dah tunang, yg nak kawin dah pun kawin, yg bermusuh jet harap ada yg dah baik dan banyak lagi lah..tapi korang jgn tanya yer bab kawin dgn jet..sensitip tue...kekekek..dalam perjalanan menuju ke akhir tahun banyak suka duka yg kita lihat bukan saja tuk diri sendiri malahan juga orng di sekeliling kita..negara kita lebih2 lagi..jet harap kejadian-kejadian yg sering berlaku kini tidak kan berterusan..ermm rasa takut pulak.

Ok lah guys..jet tak mo bebel panjang2 coz jet pun actually kekeringan idea..just wanna wish u all..Hapey New Year...take care of ur self..love u guys...harap silaturrahim antara kita akan kekal terjalin...salamm

2007-12-26

Kenduri Aliff Zafran

Hemmm terasa malas nak bekerja hari nie setelah sekian lama bercuti dari cuti raya korban hingga x'mas..wheheee..cuti sakan tu..lepas raya korban hari tu pada hari ahadnya my sis buat kenduri akikah( tul ke eja ni) tuk anak sedara jet si aliff zafran tu..hemmm 2 ekor kambing lah apa lagik..seronok tul rasanya dapat buat kerja ramai-ramai, kambing tu dah siap sembelih oleh orng yg jual kambing tersebut, jadi kami tinggal siang-siang kan aje.

Jet tabik lah kat orang yg selenggara kambing tu..tak ada bau langsung kambing melekat kat kami nie dan bau daging tu tak macam daging kambing ok je, makcik2 jet pun puji...heheheh..1st time jet cuba menyiang kambing..yerlah kan bau kambing kan kuat..hermmm seronok nie pengalaman baru..then macam-macam kerja lagik lah..masak pulut, rebus nenas utuk buat acar nenas, sampai nak ke subuh lah bekerja ..bukan apa dapur kat umah makcik jet tu..slow lak api dia..nasib baik rescue sampai, amik dapur kat umah mak. Soknya pepagi dah bangun dah..nani sambung potong daging tuk dalca, daging tu baru sampai dari johor.. mak andak jet bawak..them sesi masak pakai kayu api pun bermula..hemm time nie lah baru rancak..

Dalam kol 10 lebih gitu semua dah siap, majlis mula kol 11 lebih gitu..then sibuk menghidang tuk tetamu..ermmm rasa dah macam buat kenduri kawen pulak..lepas dah tolong buat "jambar", jet amik tender cuci pinggan mangkuk coz jet nengok tak ada sape nak amik..hermm teringat zaman muda-muda ( ciwahhh skrang pun muda jugak) then dah ptg skett..jet dgn 2 lagi sepupu gosok periuk lah ape lagi...bukan apa mengajar pelapis muda..kekekkeke..

Jet rasa dekat kol 5 ke 6 ptg selesai dah keje...makcik dan pakcik ramai dah balik kl dan johor..nasib baik ada sepupu jet yg masih stay leh jugak di harap menolong. Jet rehat jap..baring-baring kat dapur..yg tinggal kat umah atuk jet tu..mak n abah,my sister sam , my sister bib n hubby n chilren, mak long n 2 anak pompaun dia, cik besah n cik izat n anak2 dia jugak, pak teh n mak teh , fizah, zira n ijat dan jugak cik sarah..baring punya baring kol sepuluh baru jet tersedar...mak long jet siap kata tidur tak gerak2..hhhehehe jet sengih jet..mmg jet tak sedar..penat kot...sempat lah jet bagi sms kat azoooo...

Nasib baik jet cuti sampai hari selasa, isnin nye jet bawak sepupu jet dari putrajaya ke Bandar Melaka..kami main boling lah..hehehe..seronok bebudak tu..yerlah dah penat kerjakan..then selasa baru jet balik ke kl..hermm seronok kan bercuti nie..

p/s : khas tuk azuuu..pada masa aku menulis nie, kawan kita sharifah dah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.1 kg pada pukul 3 lebih tadi..

dan gambar kambing tu hanya illustrasi aje

2007-12-18

Mardiana & Mahathir













Sekitar Majlis Perkahwinan Teman Sepejabat ...kwn kami pengatin perempuan yer...ada banyak lagik gambar tapu cukup lah nie aje...ermmm minggu lepas g kenduri blackwira pula tapi pic dia ader kat tun, jet tak dapat lagi....nengok lah nanti

2007-12-13

Salam AidilAdha

Slideshow image

Salam AidilAdha buat semua teman-teman..tinggal tak berapa harilagi kita akan menyambut hari raya yg juga di kenali sebagai raya korban. So jet nak ucap selamat menyambut hari raya ini bersama - sama orng yg kalian sayangi. Buat teman - teman dari pantai timur harap bersabar kerana skrang nie kan musim tengkujuh so banjir besar kat sana.

2007-12-03



hari nie ia mendatang
melingkar dalam diri
mencari suatu yg realiti lagi abadi

mencari dalam diri
dari sudut yg tidak bertepi
kian terasing dan menyepi sendiri
dalam dunianya fantasi

rasa dirinya makin menjauh
dari segala rasa yang berserabut
pinta di lepaskan
pinta di leraikan

dari sudut mata tergambar firasat hati
meronta-ronta bangkitlah diri
maka harus tenggelam lagi
ayuh..bangkit

ada jemu pada mata
ada rindu pada jiwa
ada sendu dalam tawa
apa saja yg pernah ada akan tetap ada

dirantai waktu di batas sepi
amukan diri kian menyepi
menujat padanya adalah pasti
bagi mengundur api di hati

masayallah....aku kah ini...
subhanallah...

* jgn di tnya apa dan mengapa aku pun tak ada jawapannya, bila ianya terjadi jua tak ku sedari, jgn di pinta penjelasan kerana sudah pasti tiada jawapan..

Angan Dan Sedar

Mohon selembar harapan
Buatku sedang rawan
Biarpun sekadar cuma senyuman
Ikhlas kau pujaan

Mohon sesaat berangan
Buat ku meleraikan
Apapun hiba dan tangisan
Menawan segala perasaan

Aku sedar siapa diriku
Aku dah tahu siapa aku
Aku sedar dan berasa malu
Aku sangatlah mahu berterima kasih

Sungguh
Langsung tak pernah marah walaupun sekali seakan
memahami
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa menjaga
maruahku
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci pada
diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal menagih cintamu
biarpun membelai rindu

Mohon secebis kasihan
Janganku dilupakan
Dalam lipatan kenangan
Bercinta dikau di persimpangan

Aku sedar siapa diriku
Aku dah tahu siapa aku
Aku sedar dan berasa malu
Aku sangatlah mahu berterima kasih

SungguhLangsung tak pernah marah walaupun sekali seakan
memahami
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa menjaga
maruahku
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci pada
diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal menagih cintamu
biarpun membelai rindu
Lalalalalala…Lalalalalala…

Aku rela merindumu
Aku rela merindumu
Aku rela merindumu
~MaWi~

Short Sweet Story


Here is a short story with a beautiful message.

Little girl and her father were crossing a bridge. The father was kind of scared so he asked his little daughter, "Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river." The little girl said, "No, Dad. You hold my hand." "What's the difference?" Asked the puzzled father.

"There's abig difference," replied the little girl. "If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go."Hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to holdyours...

This message is too short......but carries a lot of Feelings.

~dapat dari mail kak zue~

2007-11-15

Secebis Harapan

'
Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan

Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal

Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan

Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan......

~NoRa~

2007-11-13

Perasaan..

Wachhaaaaaaaaa..ada lak camtu ek..kot iyer pun bagi lah salamm..heheh..lama jugak ek tak letak entry baru..bz lah babe..tak ada material nak masukkan..kalu ada pun idea tu..simpan dan terjeruk sampai lah di lupakan..jet skarng suka nengok blog org..masuk blog orng sana..orng sini..kalu rasa nak komen then jet komen kalu tak..just baca je..banyak tul idea derang nie nak nulis..hebat..hebat..



Kalu nak citer pasal raya dah basi lah kot..apa pun raya tahun ni rasa puas gak coz cuti lama skett..walau pun semuanya perlu di kawal..hehehe..tapi yg penting jumpa sedara mara yg mmg setahun sekali je jumpa..dan most important thing melihat wajah mak n ayah kita..yetak!!..dan setiap kali hari raya 3 buah rumah yg wajib pergi..iaiatu ..umah atuk sebelah abah, my arwah nenek elder sister n her 2nd brother..wajib..bak kata abah bila lagi kita nak jumpa derang nie semua..masa tengah ada nie lah nak gi ziarah.



Abah mmg jenis suka bercerita so 3 buah rumah nie pun dah cukup habis satu hari sampai ke ptg..tapi tak ada hal lah tu..best jugak dengar kisah2 lama nie..nengok gambar2 lama..klasik gitu...hehehhe. Jet rasa anak2 muda skrang dah kurang nak bergaul dengan org2 veteran nie..they should..kalu tak mereka tak kan leh paham cam nak sayang negara derang nie..( ciwah patriotik pulak nie)..


Itu bab raya hari tu...bab deepavali heheh tak adelah wei..cuma jet balik kg ari tu..saje je..tis coming Raya Haji also balik kg..coz my elder sister wat kenduri tuk d' only anak lelaki dia..ermmm my cute anak buah...so ape lagik cuti jugak lahhh...ermm..citer je kan..but no pic..later2 lah i try ek..to put pic2 nie...



Kalu nak citer pasal kerja dah malas...buat pening pala je..nanti jadi cam tapir..kekek..gurau je wei..anyway i'm waitting for next year trip with her...kemana destinasi kali ni biarlah rahsia dulu..

2007-10-09

Sandaran Hati

yakinkah ku berdiri
di hempa tanpa tepi
bolehkah aku
mendengarmu

terkubur dalam emosi
tanpa bisa bersembunyi
aku dan nafasku
merindukanmu

terpuruk ku di sini
terangi dia yang sepi
dan ku tahu pasti
kau menemani

dalam hidupku
kesendirianku

teringat ku teringat
pada janjimu ku terikat
hanya sekejap ku berdiri
kulakukan sepenuh hati
peduli ku peduli
siang dan malam yang berganti
pedihku ini tak ada arti
jika kaulah sandatan hati
kaulah sandaran hati
sandaran hati

inikah yang kau mau
benarkah ini jalanmu
hanyalah engkau yang ku tuju
pegang erat tanganku
bimbing langkah kakiku
aku hilang arah
tanpa hadirmud
alam gelapnya
malam hariku

~LeTtO~

2007-10-07

Kekuatan...

Aduhhh..susahnya aku nak menerima kenyataan yg di berikan oleh doktor kepada aku ketika aku di masukkan ward baru-baru ni..sehingga blog nie ku tulis aku masih tak percaya aku antara mereka yg menghidap penyakit tu..aku masih merasakan aku sihat..seorang yg sihat..dari segi fizikal dan kini aku mesti kuat dari segi kedua-duanya, aku masih berharap ini semua hanya mimpi dan aku harus segera bangun dari mimpi ku ini. Sebab tu lah aku mintak keluar segera dari ward untuk berjumpa dengan teman-teman pada 6/10/07 yg lalu...kerana aku tak mahu memikirkan aku nie berpenyakit.




Lembaran yg bakal ku sambut jugak terasa hambar pula..jika sebelum ini ku rasa sangat teruja tapi kini tidak lagi..buat masa ni teman yg tahu sakit aku nie cuma tapir..dia lah orng pertama tahu then kakak2 aku yg aku suruh rahsiakan dari mak n abah..dan sorang lagi rakan laman yg aku percaya..tapi sampai bila nak sorok ek..at last my sister kasi tau jugak kat my parents. Hemmm..rasa bosan tul..macam dunia nie rasa sempit je..semuanya terbatas..




Tapi sebagai memikirkan dari sudut yg positif..adalah bagus aku mengetahui perkara ini dari awal lagi..agar aku dapat mengawal keadaan..mungkin rasa malu dan segan dalam diri ini membuatkan aku jadi begini.. sbb selama ini aku tak pernah terfikir akan perkara ini..aku merasa segan dengan teman -teman di hospital juga..yerlah siapa yg tak kenal aku..bila meraka tahu perkara ini, mereka sendiri terkejut dan bertanyakan kepada ku bagaimana perkara ini boleh berlaku..aku hanya boleh menjawab bahawa aku pun tak tahu..sebab aku tak pernah mengalami apa2 simptom sebelum ini. Kini aku sering memikirkan tentang hari-hari esok yg bakal aku lalui. Aku amat berharap apa yg akan aku lakukan di lakukan dengan penuh keazaman dan kekuatan bagi diriku ini. Aku tak mahu hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja..aku kena membuktikan bahawa aku boleh mengatasi perasaan ku yg kini bercelaru dan keliru. Seperti sampan-sampan yg teroleng-oleng di pukul ombak tanpa kemudi..supaya aku bisa merasa tenang semula..supaya ku bisa merasa kembali perasaan seperti dahulu lagi...
Buat rakan-rakan yg masih lagi ku rahsiakan apakah sakit ku ini...sabar ya bagi jet masa tuk meceritakan apa sakit jet nie.....kerana jet masih mencari kekuatan itu...






2007-10-01

Selamat Hari Raya

Assalammaalaikumm kepada semua rakan-rakan yg mengenali diri jet nie, di kesempatan ni jet menyusun sepuluh jari kepada rakan-rakan sekalian memohon maaf jika ada diantara sedar atau tidak jet ada menyakiti hati kalian semua. Semoga Aidilfitri yg bakal menjelang tiba memberi satu cahaya yg amat bahagia buat semua, ketika memandu nanti berhati-hatilah yer..semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Jet akan pulang ke kampung pada 12/10/07 lepas keje..hehehhe..ptg nak raya tu.... dan jet tak sabar nak jumpa rakan-rakan di kampung baru nanti, jet harap ramai yg hadir. ERmm rasanya tu aje yg jet nak katakan, dan sekali lagi akhir kata..Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin..

2007-09-11

Dalam Diam

Duduk atas sofa tu..menghadap cermin tingkap, di depan mata terhidang pemandangan di luar, kenderaan bertali arus. Langit kian mendung nak hujan agaknya, dan dia masih di sofa merenung ke luar dengan pandangan yg kosong. Cuma yg berkata-kata di dalam hati sahaja..jadi apa pun yg nak di katakan tak siapa yg akan mendengar. Dia mmg suka duduk di sofa tu..sebab dari situ dia leh melihat ke luar tingkap pejabatnya dengan tenang, dapat melihat langit itu yg penting...

Kalu ada yg menegur dia buat tak tahu aje..paling2 tidak tesenyum itu pasti..apa yg di fikirkannya..ermm macam-macam sebenarnya cuma dia je malas nak melayan sangat...kekadang dia duduk di situ kerana teringat kawan lamanya ...yg dirindui nya(ehem..ehem) tak pun benda2 lain yg tak masuk di akal..wakakkaka.

Sebut pasal ehem-ehem..lama sudah tak dengar kabar..dia pun tak pasti ape kah akhirnya kerinduan ini. Rasa-rasanya seprti telah ditinggalkan cuma akal dan hati tak mahu menerima kenyataan. Dia mmg tahu bahawa suatu hari nanti dia pasti akan ditinggalkan seperti wanita2 yg lain tu, cuma dia masih lagi menaruh harapan. Kerana prinsp nya jika mahu ditinggalkan hendaklah di beritahu bukan hilang begitu sahaja..baru diri merasa puas.

Orang kata apa itu hak mereka sebab sekian lama bersama dia bahagia, dia tak kan menangis lagi itu mmg pasti kerana dia dah lali tapi tak bermakna dia tak ada hati dan perasaan cuma dia sudah lama bersedia jika hal itu mmg benar2 terjadi. Cuma dia rasa berterima kasih kerana dia dibenarkan memberi kasih dan sayang pada insan yg di anggap seperti abg. Dan diri nya selalu di nasihati dengan kata2 yg bernas. Kerana sebelum nie dia mmg tak tahu bagaimana nak meluahkan rasa di hati. Tapi tak bermaksud dia wanita murahan yg meluah apa sahaja kerna dia masih tahu batas-batasnya. Dengan orng yg dirindu dia belajar ape itu sayang, apa itu kasih ...di beri peluang memberi dan menerima ...dan dia juga berterima kasih kerna dia diterima seadanya. Kerana sering dia merasa rendah diri lantaran jurang antara mereka, tapi keihlasan nya membuat diri dihargai menepis segala prasangaka.

Jika di takdir dia menghubungi..ingin sekali meluahkan rasa hati buat sekian kali, agar jika terpisah oleh jarak dan waktu sekali lagi dia tak akan berasan terkilan untuk menyatakan kan kata-kata yg terakhir untuk dirinya..insan yg sering di rindu dalam diam dalam sepi...

Selamat Menyambut Ramadhan Al - Mubarak 1428 Hijrah


[Ramadhan.jpg]

Hari nie bukan main bersemangat nya jet nak ke cc nie...ada semacam satu tarikan lak...tak sabar-sabar nak nulis dalam blog..bukan ape..jet takut nanti jet tak sempat nak ke cc..alang-alang jet overtime rini jet singgah lah cc. Tak lama lagi nak nyambut ramadhan kan ..so di kesempatan nie jet nak mungucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak..kepada semua teman-teman cyber samada yg jet kenal atau pun tidak..semoga kita semua dapat menjalani ibadah ini dgn sesempurna yg boleh.

Lelaki Ini

kaSih, keNanganKu
inGatkah saaT-saaT duLu
kaSih, aPakah diriMu
meRasakan seMua iTu
keManapun LangKahku perGi
ku maSih meLihat bayaNganmu cinTaku
dan keManapun aRah anginKu berLari
haTi ini maSih kau miLiki
LeLaki iNi yaNg seLaLu menCinTamu
seLaLu, tanPa raGu
LeLaki iNi yaNg seLaLu memuJa
haNya diRimu
yang berTakhTa dLm sanuBariku
saNuBariku
aKu yg menCintaKanmu
hanYa diriMu
kareNa cinTaku
tak terBatas wakTu
kareNa cinTaku
tak menGenaL jeNuh haTimu
haTimu...


~AnUaR ZaIn~

Mekasih tapir..aku amik kat blog ko je..malas nak tukar font tu...kekekek....

2007-09-03

Tak tahu macam mana nak mula, tapi hati nie ada berbagai cerita yg nak di coretkan kan..semua seperti satu tali yg bersimpul minta dihuraikan agar dapat mencari jalan keluar dari suatu kekusutan. Ermm belum terlambat bagi ku untuk mengucapkan selamat hari merdeka kepada semua teman-teman samada yg ku kenali atau pun tidak..tidak terjangka oleh akal, aku masih dapat menyedut udara di bumi bertuah ini untuk menyambut hari kemerdekaan yg ke- 50 tahun. Tiada agenda istimewa pada hari itu, cuma aku dan kakak ku ke Jjusco Wmaju bersama anak sedara ku..untuk membeli belah. Lewat ptg kami pulang ke rumah. Kerana kesokkan hari nya aku bekerja juga hari berikutnya.
Itu cerita tentang merdeka, dan tak lama lagi ramadhan muncul lagi...dan bersama-sama akan mengerjakan ibadat puasa..tup tap tup tap..dah raya...yihaaaaaaaaaaa.....kekeke...then time-time sblm nak posa nie aku mula lah teringat kat si dia..whehehe...rupa-rupanya baru aku paham kenapa aku dlm kekusutan aku dlm kerinduan...apelah lah aku nie. Biasalah benda-benda camnie kekadang datang gak.
well..aku rasa tu je yg aku nak merapukan kan...adiosssssssss...

2007-08-15

Aucakkkk....

Hai kengkawan...ermmm rasanya bln nie dah boleh rilek coz jet baru je habis bersukan minggu lepas..dah naik rentung jet nie..heheheh...apa nak buat sepanjang sukan tu panas je..kami berkampung di Country Villa di kajang dan bersukan di uniten, ada sesetengah acara di buat di house club di tempat kami berkampung..mmg cantik tempat tu...dan cantik2 jugak rumah2 yg berkelas lima bintang kat dlm tu..hari2 jamu mata..erm..erm..tak sangka ada gak orng malaysia sekaya tu..perghh....



Tahun nie Falcon ada peningkatan gak lah walaupun kedudukan 2 dari bawah..jumlah pingat 13..cuma kami tak dapat pingat emas je..kalu tak sah2 no 3 atau no 3. Dan seperti biasa Ipoh all champion tu mmg tak dapat di sangkal lah..apa pun yg penting kami dapat mengenali antara satu sama lain dan bergembira secara sihat walaupun sore jet jadi tak sihat..kekekke..nanti lah jet lom cuci lagi gambar yg amik aritu..itu pun kalu gambar2 tu semua menjadi...


Dan tahun ini juga satu tragedi terjadi semasa temasya sukan tu..salah sorang peserta meniggal dunia kerana sakit jantung..beri tu kami terima di sebelah pagi hari kedua temasaya sukan..peserta tu dari jb...so segala urusan di lakukan di hospital pakar kajang sebelum di bawa balik ke jb...tulah serba sedikit corat - coret jet semasa lima hari di sana..tahun depan kami berkampung di kuantan pula....tapi tak tahulah terpilih ke tak tahun depan tuk join sukan...just wait n see...

2007-07-17

Aku dah hampir seminggu dapat berita tu..tapi baru hari nie bos kasi aku tngok the official letter tu..sedih gak rasa hati coz hajat ku tak kesampaian. Aku redha terima kenyataan tu..mungkib bukan rezeki aku..walaupun pada mulanya semuanya berjalan lancar..so buat masa nie..aku menjadi lebih sibuk.

Sibuk dengan kerja..sibuk dengan training aku...itu je cara untuk melepaskan tekanan..aku pernah kata kat tapir, kalu aku tak dapat sambung apa yg aku dah apply aku nak pergi kerja kat dia, bila benda nie betul2 dah jadi aku berfikir dua kali gak..sanggup ke aku lepaskan semua yg aku kat sini semata-mata layan hati...aku kena pikir betul-betul coz apa yg aku dapat skrang pun bukan senang...aku belum kasi tahu mak n abah lagi pasal kegagalan aku tu..
Alasan yg mereka kasi takut tak menepati LAN yg telah di tetapkan oleh kementerian buat aku hangin je, kalu dah tahu tu semua kenapa terima application aku, nape suh aku pergi enterview..apa lah punya turrrr..bos aku pun ada gak fight tuk aku, tapi aku tak mo susah kan dia..aku kata anggap je aku tak ada rezeki..apa pun aku akan terus mencuba untuk perkara yg lain pula...harap2 aku masih ada kesabaran dan kesanggupan itu..

2007-07-05

Satu Penantian

Kau yang ku sayang
Dari dulu, kini dan selama-lamanya
Sebelum kenal dirimu
Sebelum jumpa dirimu
Kau sering datang dalam mimpiku

Kata hatiku
Selalu membisik kau adalah milikku
Biar lama pun kutunggu
Saat kedewasaanmu
Daku tak pernah jemu menantimu

Disaat ku sendiri
Ku bayangkan wajahmu
Terkadang ku berilusi
Tentang dikau dan aku

( korus )

Ku harapkan semua ini
Esok kan jadi kenyataan
Dan aku berjanji
Kan ku bahagiakan dirimu selamanya

Kuharapkan semua ini
Akan segera terjadi
Dan semoga nant
iBukan sekadar impian belaka

~ DwEn ~
Salam...terima kasih buat teman-teman dengan ucapan takziah tu..tak lupa pada lia n mafio..sbb tolong jet cari kereta sewa mlm tu...apa pun atuk selamat dikebumikan keesokkan pagi nya..semua nya berjalan dengan lancar..buat masa nie jet mmg kekurangan masa tuk up date blog nie..bukan kekurangan idea tapi jet tak cukup masa nak ke cc nie...apa pun jet akan cuba juga untuk mengupdate blog jet yg tak seberapa nie...

2007-05-21

D'pics























Buat kengkawan ini adalah antara gambar yg dapat jet publish kan buat masa nie..sorry lah coz ada yg kecil dan besar...just bagi jet sikit lagi masa tuk masukkan gambar beberapa gambar yg lain..al-maklumlah..nak buat benda nie semua jet kena g cc..so masa tuu tak ada...nie antara gambar jet kat kelong..yg batu besar tu adalah kubu yg berada di kota tinggi sebelah jln je..tapi gambar jet ambil dari jauh...heheheh..yerlah tmpt orng..so harap kengkawan dapat bersabar yer..

2007-05-14

ALIFF ZAFRAN & BALQIS...


Ni lah boyfriend baru jet...masa jet buat entry pasal jet brau dapat anak buah ari tuu ada yg salah sangka ingat gambar yg jet letak tuu gambar aliff.. so nnie lah baru gambar aliff yg sebenar...kiut cam busu dia tak?..hhehehehhe



masa untuk mandi...hehheh...jet ler yg mandi kan tu..




dah siap-siap nak balik kl...

yg macam anak cina nie pun anak buah jet yg no 2..nur balqis...cute kan...baru nak masuk 2 thh...

2007-05-13

Selamat Hari IBu

Jet ingin mengucapkan selamat hari ibu buat semua ibu-ibu di seluruh dunia..

Ibu....Ibu..
Engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka...
Engkau hiburkan selalu...

Ibu...Ibu...
Engkaulah ratu hati ku....

jet percaya ramai yg setuju dengan jet, mlm tadi nengok cerekarama tv3 tu..tangkap leleh sehh..perkara macam tu bagi jet pasti ada yg berlaku dalam masyarakat kita..iyer tak..kalu tak takkan ada orng nak wat drama..kejam kan..jet harap jet tak menjadi anak yg macam tu..

Bila nengok drama tuu, mula lah teringat mak kat kampung...oh ya..jet jugak nak pesan pada kengakawan jet yg telah pun kehilangan ibu mereka..jet harap meraka semua akan terus tabah mengahadapi hari-hari yg mendatang..


Ibu...
kau bagai kan suria pagi
menerangi hidup ini
mengajar ku erti kehidupan ini
memberikan daku inspirasai

Ibu
jasa mu tak mungkin mampu ku balas
walau emas setinggi gunung
kerana kasih mu tak pernah bertepi
buat diri ku anak mu ini

Ibu
Senyuman mu itu satu rahmat
Kejayaan anakmu satu azimat
Hilang segala penat dan jerih
Bagai terbalas segala yang perit

Ibu
aku bukan seorang sasterawan negara
bukan jua pejuang negara
tapi aku cuba yang terbaik
walaupun tak pernah meminta balasan
namun bukan satu alasan
untuk daku mengabaikan mu
kerana kau ibu ku...

Cuti-cuti Malaysia

Hai kengkawan 1st sekali jet nak ucapkan selamat hari ibu pada semua ibu yg berada di seluruh dunia, yang kedua nya jet muah...muah..muah korang kekkeke lama jet tak update ek...jet kebzan lah kengkawan...soli lah..banyak benda jet nak nulis..tapi heheheh..tak ada masa nak nulis all gone already...

jet tak nulis dari opis lagi kerana dah tak leh msuk internet lagi..so terpaksa ke cc...selepas jet nulis pasal boling jet sibuk dengan sambutan maulidur rasul, then jet join family day between dept jet dan paed's ward..di Glory Beach Resort , PD..then jet amik cuti seminggu pergi holiday di Kelong Acheh, Mersing bersama-sama tapir...huhuhu...seronok..dan rentung jet...then tis week jet keje..so nie jet curi masa sblm balik singgah cc semua kerana anda ...yg jet winduuuuuuuuuuuuuuuu....

ERmm...tapi buat masa nie semua gambar2 still dalam proses lagi..bila dah ada nanti jet akan cuba masukkan ke dalam blog nie ek..hope kengkawan akan bersabar..jgn jemu dgn jet yer...bukan saje jet tak dah lama tak nulis dlm blog jet nie..tapi jet juga dah lama tak jengok laman asmara borak2 sama teman..ermm...bosan jugak..

tak lama lagi ini july sepital jet dah mula dgn karnival sukan KPJ..yg macam dulu masa jet g johor tu kali nie venue kat kl..samada jet terlibat ke tak ermmm tak tahu lagi..tapi yg pasti tapir kena datng sini nanti...
ahaks..tapir..sure bz ko kan...

tapi yg pasti jet amat puas ati dengan percutian jet di kelong tempoh hari satu pengalaman yg amat baru bagi jet n tapir..pasal laman asmara megh gath yg di rancang oleh adam..jet pun tak pasti...mmg adam ada anta msg kat jet..tapi mmg pasti jet tak leh join. Family day kat PD aritu pun happening gak...pertama kali jet ke PD, tapi mak kata dulu pernah pergi..maybe jet tak ingat lah..so little dat time..hahahaha..

2007-04-18

HELLOOOOO


Assalammualaikummm semua..lama tul jet tak mengupdate blog nie kan..sampai dah bersawang nie ha..ish...bukan nyer ape jet tak leh update kat opis lantaran tak leh surf internet..hermm susah jugak kompeni yg besar nie..tu tak leh ni tak leh..paling tidak jet kena ke cyber cafe..mana lah jet sempat nak kesini...nie pun ada masa sket jet luang kan masa untuk menulis di blog nie.


Actually banyak benda yg jet nak tulis kan tapi bila dah tertangguh tu ada lah yg jet dah lupa. Ermm misalnya jet nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan laman yang sudi menghadirkan diri masa kita main bowling hari tu, walaupun yg tukang bagi idea tak datang iaitu En.Labu tapi sempat juga dia mewakilkan En. Mentol...heheheh, yang hadir hari tu..Markerpen,Blackwira n Kekasih(Niny), Marfio, KACC, Ayangmas n Kekasih (Naz), Linda, Rose, Kak Ngah n Adam, AbgBest ermm rasanya itu je yg datang hari tu..kami bermain di Flamingo Bowl Ampang.

Lepas tu kami pergi tengok wayang pulak di KLCC..tapi masa nie blackwira n gal dia dah tak ada depa g sunway...heheheh, kat KLCC tu kami nengok citer Jangan Pandang Belakang..wakakka...jet macam tak percaya je jet nengok citer tu..tapi most of the time jet nengok kotak popcorn je..jgn marah yer coz jet mmg tak suka nengok citer seram...abis citer kami melepak kat kedai mamak mana lagi kalau bukan di restoran pelita tu...heheheheh..jgn tnya berapa gelas air minum...duk sembang sakan lah..jet, marker, kacc,rose n mafio..hermmm walau pun tak lah grand sangat perjumpaan nie..tapi jet rasa ok lah...dapat spent time dengan kengkawan...so mungkin lain kali kita lah wat event camnie lagi kan..samapai ketemu lagi

2007-03-27

Yang Ku Rindu...

Tadi malam ketika jet baru je nak melelapkan mata ( orng kata tidur2 ayam),telefon jet berbunyi...ermm dng malasnya jet mengangkat. Bila jet lihat no..ermm tak kenal lak no siapa nie..jadi jet terus je jawab. Bila saje dia menjawab salam dan berkata hai..mata yg malas dibuka, tiba2 terasa ringan..antara percaya atau tidak, suara itu yg jet tunggu selama nie..rindu betul jet pada suara tu...dah berbulan-bulan jet menunggu...mmg tak tergambar dengan kata2 rasa gembira di hati jet..tapi jet masih waras ye..tak lah terlompot2 macam kera pulak. Sempat jet bertanya kepada sidia...betul ke itu dia...betul ke jet tak bermimpi. Dia hanya tertawa..hilang rasa rindu seketika, spt biasa dia akan memberitahu mengapa tiada ucapan selamat tinggal dari dirinya, rupa2nya ada panggilan kecemasan dari tempat kerja, membuatkan dia harus segera pulang kesana, tanpa sempat menyambut aidilfiri yg ketika itu tinggal 2 hari saja lagi.. kesian jet mendengarnya. Lantaran mmg sikapnya akan menelefon jet sebaik saja turun dari pesawat..jet gembira mendengar yg dia sihat, itu yg jet harapkan kesihatannya senantiasa berada dalam keadaan yg baik. Tapi persinggahan nya di malaysaia tak lama sehingga khamis nie sahaja itu pun jika tiada panggilan penting..banyak betul yg ingin jet ceritakan padanya..tapi jet harus faham dia mmg seorang yg sibuk..jadi sepanjang 4 hari nie...jet senyum sokmo hari lain pun senyum gak..tapi kali nie lebih sikit...heheheh.

2007-03-19

Kedatangan Orang Baru..

Alhamdullilah...jet rasa bersyukur..kakak jet telah selamat melahirkan anaknya..pada 19/3/07 iaitu hari nie lah..heheheh pepagi tadi kalau tak silap jet dalam pukul 5 lebih..dan juga jantina bayi itu adalah lelaki..ermmm..jet mmg teringin nak ada anak buah lelaki..akhirnya dapat juga so dah bertambah lagi seorang ahli kelurganya. Erm tapi jet tak tahu nama apa yg kakak jet beri untuk anak nya ini.Tak sabar jet nak ke hospital nak tngok baby tu..

Bukan Diriku

setelah kupahami
ku bukan yang terbaik
yang ada di hatimu

tak dapat kusangsikan
ternyata dirinyalah
yang mengerti kamu
bukanlah diriku

kini maafkanlah aku
bila ku menjadi bisu
kepada dirimu

bukan santunku terbungkam
hanya hatiku berbatas
tuk mengerti kamu
maafkanlah aku

walau kumasih mencintaimu
kuharus meninggalkanmu
kuharus melupakanmu
meski hatiku menyayangimu
nurani membutuhkanmu
kuharus merelakanmu

dan hanyalah dirimu
yang mampu memahamiku
yang dapat mengerti aku

ternyata dirinyala
yang sanggup menyanjungmu
yang lama menyentuhmu
bukanlah diriku

~SamSons~

Pastikan

Lihatlah langit di atas sana
Tersenyum melihat tingkah kita
Selalu ada peristiwa
Yang membawa pertengkaran

Maksudku hanya ingin yang baik
Untuk kita berdua dalam bercinta
Baiknya aku buruknya aku
Terimalah aku apa adanya

Pastikan kau dengan aku
Jangan ada cinta lain
Tak pernah aku terlintas
Niat ku untuk berpaling

Maafkanlah aku sayang
Bila belum kau bahagia
Sejauh langit di atas
Kan ku kejar bahagiamu

Biar langit dan bumi meruntuh
Biar jasad kita tertimbun di sana
Tetap bersama, tak ingin lepas
Mencintaimu ku jadi begini

~ Ct~

2007-03-18

Mari Main boling

Ok..mari kita main boling beramai-ramai...jet nak menjemput anda semua warga laman asmara untuk beriadah di :

Tempat : Ampang Point SuperBowl,

Tarikh : 8/4/07

Masa : 10.00 pagi

Jadi mari lah memeriahkan majlis nie..boleh mengeratkan silaturrahim dan kenal antara satu sama lain, kalau sblm nie..kita hanya berchatting di alam cyber..apa kata kita berjumpa secara life...jgn risau jet takkan jual orng....hehehe.
So sesapa yg konpem pergi leh bagi tau jet kat blog nie atau kol jet di 019-6945001 atau pun leh kontek attap_rumbia bagi yg ada no dia lah.Dan tinggal kan kontek no anda..tapi jika risau no anda di ambil oleh orng lain..direct je terus dgn jet ok..itu je..salam n semoga kita dapat meluangkan masa bersama-sama nanti.

2007-03-16

Hapus Aku

Tuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengan hatiku (jiwaku)

Buang semua puisi
Antara kita berdua
Kau bunuh dia sesuatu
Yang kusebut itu cinta

Yakinkan aku tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus cinta.......

Sadarkan aku tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku........

~ NiDjI~
Salam semua teman blogger..lama tul jet tak mengupdatekan blog jet nie...kerana kebzan yg tak dapat dielakkan,sepanjang 2 minggu lepas jet sibuk menguruskan jamuan makan malam untuk hospital, then jet balik kampung kerana kenduri kawen rakan seopis.. jadi blog ditinggalkan kesepian...ciwahh...Bila ada masa nak menulis pula jet kekeringan idea..hermmm..ape lah..hari nie jet cuba juga meluangkan masa untuk blog nie. Jet nak letak gambar dinner tapi tak ada...hermmm ..nanti jet cari dan letakkan kan sini yer...jet cuba yer...nie lah gambar perkahwinan kawan seopis jet tu..kawan jet tu pengatin perempuan...




2007-02-16

:-)

Lewat malam smlm ku berbicara dengan nya..lama sudah kami tak berbual sejak aku berkecik hati dengan tindakannya..lantas ku pujuk hati memaafkannya...tiba-tiba kami jadi janggal..atau aku saja yg terasa kejanggalan itu. Aku tak mahu dek kerana perkara yang remeh aku jadi manusia yang bukan pemaaf..apalah sangat tindakkan nya itu hanya untuk melindungi yg di sayangi..kadangkala terpaksa membuat pilihan antara sahabat dah kekasih.

Aku mengambil jalan mudah, lebih bagus jika kita hanya kawan..bagi ku erti sahabat tu amat dalam..kerana sahabat bukan hanya disisi ketika susah dan senang tapi lebih lagi. Aku pernah ada sahabat yang macam tu satu masa dulu..tapi itu dulu...orng kata mmg susah lelaki dah perempuan nak bersahabat baik..tapi aku berjaya menepis tanggapan tu...tapi kali nie situasi nya berlainan..aku takkan jumpa lelaki sepertinya lagi. Tapi senang berkawan dengan dia nie, orangnya baik..aku selalu kata dia baik..kwn2 ku yg lain pun baik juga. Cuma hidup nya saje buat masa skrang penuh dgn dilema.
Walaupun demikian dia sekarang menuju bahagia, kerana cinta di restu oleh keluarga wanita yg di puja. Aku harap dia akan berjaya, walau pun kurasa amat cepat dia memperoleh pengganti, mungkin ini apa yg di rasa oleh permata hati..lantaran soalan yg diberi hampir membuat air matanya bergenang. Dan itulah satu tugasan yg perlu di dia hadapi..membentuk dan memujuk permata hati. tapi kalau sudah jodoh siapa yg bisa menghalang...yeke.. pada dirinya aku bukan sengaja menulis di sini..tapi aku kekadang mmg payah meluah kan ape yg ada dalam hati secara lisan..mengambil masa untuk memikir..lantaran medium ini menjadi perantaraan..bukan semua aku coret..kerana menghormati dirinya sebagai seorang kawan.
Bila memikir pula teringat pada yg jauh..kalu lah dia ada disisi..pasti dialah ku rujuk apa saja perkara...mendengar pendapatnya pula..yerlah aku pun bukan nya arif sangat bab hati dan perasaan nie..sementelah lagi aku sendiri belum bekerluarga...apa lah ilmu yg aku ada. Cuma aku merasa puas jika dapat membantu paling tidak mendengar luah hati..dapat meringankan beban mereka yg memerlukan. Ye tak azu...hehhehee..ko je paham kan. Ermmm dah meleret lah pulak nie...heheheh..bila tangan dan kepala menjadi seiya dan sekata...mmg payah nak berhenti...so aku berhenti disini...salam

Awan Yang Terpilu...

kerana cinta aku kembara
bagai camar
melintas laut
mencari pohon
untuk berteduh

kerana cinta aku kembara
ikut lagu
bisikan hati
mendamba kasih
paling setia

sepasang sayap
tak terlihat
umpama mimpi
yang tersimpan..jadi rintik
rintik hujan..
menciptakan
awan yang terpilu

puisi ini
tercipta lantas
tak kesampaian
hajat meronakan
gelora rinduku kepadamu...

ingin sekali
aku ungkapi
isyarat jiwa..dengan sempurna
biar kau mengerti
biar kau sedari
keadaanku..yang memujamu......

~Ning Baizura~

Masa jet mula-mula dengar lagu nie..terus je suka..mungkin liriknya dan juga video klip yg mereka buat tu dah mmg menarik..dan mungkin kerana ada tempias skett kat jet kot...heheh..

2007-02-14

Selamat Hari Lahir Nani...

Heheh..seperti yg di nyanyikan oleh azu ( nak kena bdk kecik nie),nani menyambut hari lahir yg ke 29 pada 13/2/07 iaitu semalam..so terima kasih banyak2 atas ucapan kengkawan yg menghantar msg serta yg menulis dalam blog nani nie. Oleh kerana itu nani telah mengambil cuti satu hari(poyo) je kan untuk pergi berjalan-jalan bersama-sama dengan diri sendiri...heheheh..yupp jet amik cuti semata-mata kerana ianya hari lahir jet..lantaklah ape orng nak kata yg penting jet tak kacau sesape.

Jet tak kemana cuma ke KLCC seperti biasa, jet pergi nengok wayang..yg bestnya panggung tak ramai orng..lagipun cite yg jet nengok tu..orng dah ramai yg tngok..tapi jet tak kisah lagi suka adalah..macam panggung tu jet yg punya..heheheh.Lepas tu jet round2 kejap then balik, sblm balik jet call kakak jet suruh dia balik awal skett..jet nak belanja makan kat luar. Tahun nie tahun terakhir jet menyambut hari lahir dengan angka 2 di depan, so tahun hadapan bermulalah dengan angka 3 pula...pheww..cam tak caya je..emm berdebar2 lak rasa nak mencapai angka 3 kat depan..so tak lama lagi jet join the club lah, sama dgn gab, blackwira, kak zue..dan kengkawan yg lain...hehehh. So terima kasih sekali lagi untuk kengkawan yg mengingati hari lahir jet..muahhhhhhh

2007-02-06

Roses

Actually jet dapat nie dari seorang insan yg istimewa dalam hidup jet, dia bagi jet gambar nie lepas dia hadiahkan jet sejambak rose biru..kenangan indah dalam hidup jet masa tu. Tapi dalam nie tak ada pulak makna rose biru..apa pun jet letak kat sini untuk tatapan seorang kawan yg pernah memberi bunga untuk teman wanitanya....

2007-01-28

Perjalanan

Awal bulan dua nanti genap 6 tahun jet bekerja di sini. Pheww..tak sangka kejap tul rasa masa berlalu, jika dingat kembali jet pun tak sangka akan bekerja disini. Mungkin ini lah yg di katakan takdir yg telah tertulis tuk jet. Selama jet kat sini banyak benda yg jet pelajari..lebih -lebih lagi nilai-nilai kemanusian , keperihatinan, keikhlasan dalam menjalan kan tugas, walau pun kekadang jet rasa penat, busan , benci , sedih dan sbgnya..tapi jet kena tabah menghadapi semua situasi tu.

Macam mana jet leh bekerja di sini, pada teman2 yg tahu macam mana jet leh kerja kat sepital nie biarlah ianya menjadi rahsia antara kita je yer. Kisah yg pahit tu jet rasa tak perlu lah semua orng tahu. Cuma jet rasa pada masa jet mintak kerja nie jet mmg tak kira di mana jet di tempatkan, berapa gaji jet tak terpikir pun,cuma masa jet pikir jet mmg perlukan kan kerja..dan akhirnya jet berada di physio dept nie. Jadi satu episod yg baru dalam hidup jet pun bermula, alhamdullilah jet dapat kerja kat jab nie..coz semuanya baik2 belaka..dan jet belajar perlahan disini. Dari sini jet kenal azu..tapi azu join lambat sikit coz dia baru jer grade masa tu. Yang penting sekali mak n abah tak perlu risau coz ade kerja yg tetap. Walau pun masalah jet tu sampai skrang mak n abah tak tahu...bagi jet biarlah janji derang hepi..jet pun senang hati.

Banyak kerja yg jet buat sblm kerja kat sini, jet duk umah lama lepas spm..tolong mak , jet pernah jual air tebu,jual burger, jual kuih muih, buat abc,cendol macam2 ada..jet tolong mak jet . Jet kan 3 dara je..so bila kak kawen, then yg second masuk itm, so jet sorang je kat umah..so kena tolong lah abis sape lagi nak buat....heheh tu sebab tembam makan kuih je kerja nye. Jet tak ada beradik lelaki jadi jet lah lelaki jet lah perempuan, sampai atuk jet kata nie lah cucu lelaki dia, sebab masa tu tolong atuk jual tebu dia, kumpul duit nak g mekah...atuk jet..potong tebu kumpul bawah pokok rambutan,then jet nanti ikat pikul bawak g depan umah atuk, pastu tu kerat2 masuk kan dlm guni beras yg besar tu..pastu abah datng dgn datsun wagon dia tu..heheh amik bawak balik umah jet. Nanti sok jet akan ape ek panggil buang kulit dia lah kot..baru leh mesin...air pun cantik. Cakap pasal lelaki jet dulu mmg tomboy...heheh...tapi skrang dah ok..tulen bang..wakakakak. Kalu nak cerita semua kerja jet tu..boring lak korang nati, jet rasa ada orng yg buat kerja lagi hebat dari jet nie.


Itu lah antara kerja yg jet buat sblm jet duduk bekerja di dalam air-cond nie, kerja senang orng kata..tak berpanas dan berhujan, so kekadang bila hari hujan jet teringat kat umah...orng meniaga nie hujan tu macam musuh ..kalu tak henti2 abis lah bussiness. So bila cuti jet balik kampung, sekarang nie dah jarang balik setiap minggu.. tak macam dulu bila sabtu je jet mesti balik kampung, sampai member opis dah paham..sekarang jet sibuk skett so sebulan sekali pun kekadang tak sempat. Bila turun bas dari luar umah tu kalau abah tak amik jet jln sampai umah lah..bukan jauh pun, then singgah kat gerai mak..kekadang jumpa gak customer yg lama-lama yg mana kenal jet pasti tegur..hai adik dah lain, sudah lawalah..itu lah inilah..jet senyum jer..(hahahha bangga tu) tak ada maknanya. So jet mmg rasa bersyukur denga kerja jet sekarng, walau susah pun jet cuba coz jet dah pernah buat kerja lagik susah dari nie. Jet bercadang nak sambung belajar, mana yg thu mmg dari dulu jet nak sambung tapi tak sambung..so kali ni jet nak cuba lagi. Harap2 jet akan berjaya, cuma ada yg kata kalau jet g belajar bila abis nanti umur jet dah berapa, maybe dalam 32-33 tahun kot, dia risau bila agaknya jet leh kawen...hahahhaha.. gelak jet dengar, rezeki tu kalu ada...adalah kalu dah mmg tak ada jodoh jet..jet terima,tapi ilmu sape nak kasi kat jet nie. Mmg jet bermula lewat, orng lain sebaya jet dah lama ada segulung diploma,ijazah atau apa sajalah. Lewat tak bererti jet terlambat kan..dari jet tak berani mencuba langsung dan terus mengalahkan..kerana seperti orng lain jet juga ada impian jet sendiri. Sebab kalu dah kawen pun leh belajar jugak kan..cuma kena pandai membahagi masa je..sebab sampai kita tutup mata pun kita wajib menuntut ilmu ( correct me if i'm wrong). So itu antara perjalanan hidup jet yg kekadang bila di kenang jet boleh mengalirkan air mata dan sengih sumbing sensorang.

Semalam...

Acumm!!Acummm!! hadoh perit dah idung nie...heii selsema dah aku..nie yg tak tahan. Sib baik hari nie aku keje hai leh gaks jumpa doc mintak ubat..tapi ape yg nak kuceritakn kan bukan mengenai hari ini..tapi semalam. Semalam dapat msg dari seorang teman, katanya si jantung hati akan ke kl hari ni(ahad) kerana telah mendapat pekerjaan yg baru..tahniah buat si wanita dan yg lelaki jgn sedih hati...kl ke selatan bukan jauh sgt. Adeh rasa panas lak badan... Dia tnya aku hadiah ape yg patut di beri..kalu perfume ok ke...aku sengih je baca msg coz smlm hari sabtu setengah hari kerja jadi lepas tu g dating lah..apelah korang tu pun tak tau..heheh..so aku nie kan mulut kekadang jahat skett..cakap ikut suka hati. Aku kata orng tukar kerja kena bagi hadiah ke..si dia tak kasi kwn aku nie ape2 ke..coz ade tolong aweks nie...jahat kan mulut aku. Lagi aku kata ikut suka lah nak kasi ape kalu kasi perfume nanti abis so terpulang lah..lagi aku kata kat dia kalu sesuatu tu dari yg di cintai walau hanya sekeping kad pun pasti lah si buah hati menerima dgn penuh kegembiraan..ye tak?


Then mlm semalam aku msg dia kata maaf pasal hal siang tadi.. bukan tak mo kasi cadangan tapi awek dia pepandai lah pilih.. lagi pun aku yakin dia pandai memilih bab2 hadiah nie..dah berpengalaman lah katakan. Dia kata dia beli sesuatu yg akan membuat si dia mengingati dirinya..good 4 him lah..then adalah some word yg aku hantar kat dia yg aku harap tak mengecilkan hatinya.. Setahu aku sejak aku kenal dialah kan, aku sering minta maaf dari nya..sebab aku rasa ayat2 aku tu menyakitkan hati..heheheh sedar tapi kekadang tak dapat nak di kawal. Aku pernah cakap aku bukan yg bagus sangt, tapi aku nengok dia nie terlalu baik. So aku geram bila ada2 masanya aku rasa dia nie macam tak leh nak fikir sesuatu benda dengan rasional. Jadi smlm aku fikir apa pun yg dia nak buat itu hak dia... kalu dia masih nak pendapat aku..insyallah aku akan cuba sebaik mungkin untuk membantu. Jadi tulah dia perihal smlm...

2007-01-23

Hepi Belated Besday Dear Blog...


Yahoooo...gembiranya jet..blog jet dah berusia setahun pada 20/01 ari tu...heheheh..ermmm tak sangka dah kejap tul masa berlalu..januari my blog besday and coming feb my turn pulak...hehehe..jet ucapkan terima kasih pada teman-teman yg sudi menjenguk blog jet dan memberi komen. Walau pun entry jet nie tak sebagus mana tapi jet cuba gaks..kekadang tu lebih banyak layan perasaan sendiri..ye tak..kekek.Suka duka gembira semua ada..rasa marah rasa rindu..macam2 rasalah semua ada kat sini.
Jet harap jet akan dapat terus mengupdate dan menulis di blog jet nie..sini lah tempat jet meluahkan ape yg jet rasa walaupun tak secara keseluruhan nya..tapi jet selesa bila dapat menulis sesuatu. Dan dgn blog nie lah nama nick jet terus lekat berbanding dgn nani...hehhe tak apelah asalkan kawan2 tahu jet n nani orng yg sama. Dgn blog nie juga jet kenal blogger2 yg lain...spt 13may,jerung,jkong,gab,tun(org yg kenalkan blog pada jet), adam(qizzy), blackwira dan ada beberapa nama yg jet tak ingat.
Jet mula menulis kerana rasa rindu...heheheh rindu pada siapa ye..rindulah pada orng tu..yg kini jet pun tak pasti di mana dia..sibuk bekerja agaknya..jet mmg berharap suatu hari nanti dia akan menjenguk blog jet nie. Walau pun hanyalah satu harapan sahaja. Lagipun jet suka menulis2 nie, saje...manalah tahu suatu hari dia balik ke, tak dapat cari jet ke( saya nak ke mana??), disinilah lah dia leh cari jet...sebab jet menyimpan impian nak pergi jauh..jauh dari segala kesesakkan dan mencari damai yg pasti jet pun tak tahu bila dan dimana. Juga buat teman2 yg jet sayang, juga boleh mencari jet disini..andai kata kita tak berjumpa lagi..tapi bak kata pantun yg jet suka tu..pucuk pauh delima batu, anak semilang di tapak tangan, sungguh jauh beribu batu, hilang di mata di hati jgn..hehhe. Yelah kan Persahabtan Ibarat Satu Janji Yg Dibuat dlm Hati, Tak Dapat Dibaca, Namun Takkan Terpisah Dgn Jarak Dan Masa Berubah,Sekali Kita Berkawan Akan Kekal Selamanya...ciwahhhh. Last but not least..hepi belated besday dear blog..dan terima kasih semua...jet sayang koranggg.

2007-01-18

Pedoman

Selama tiga hari yg lalu jet agak sibuk,bukan apa jet serta rakan-rakan dari tiga hospital bergabung untuk menjayakan sebuah sketsa untuk di persembahkan pada hari Pedoman pada 17/1/2007 yg lalu.


HARI 1

Di suatu petang, tetiba bos masuk bilik dia sebab jet duk dlm bilik ngan lagi satu staf tu download lagu ( hehehehhe), mula2 dia offer part tu kat kwn jet, tapi kwn jet tak mo so jet volunteer lah nak masuk sketsa tu...heheeh. So kiranya jet nie "bidang terjun" lah lakon tu. Petang tu jugak dekat dewan terus je berlakon nasib baik tak guna skrip...so secara spontan lah dialog nyer, staff lain yg terlibat adalah dari tawakal dan damansara.


Hari 2

Dari pukul 10.30 pagi sampai lah ke pukul 10.30 mlm kami berlatih yg penat nyer hari nie sebab our SGM(Senior General Manager) nak tengok persembahan kami, jadi lepas maghrib dia pun baru sampai dari Damanasara dan kami pun "rehase" lah depan dia..tetiba dia naik angin ..mak aiii kecut perut jet di buat nya..dia tak berkenan coz kami tak guna english wordlah..suara tak keluar lahhh dan macam-macam lagi, jadi kami kena buat lagi sekali ..nasib baik lah dia berpuas ati dengan nya. Jet pun senyum2 gak coz dia puji jet...wakakakkaa (masuk bakul bukan sendiri angkat yer)

Hari 3

Detik yg di tunggu pun tiba..ermmm kami pun mempersembahkan sketsa kami tuu di hadapan Semua hadirin yg paling penting di hadapan CEO kami tak lain dan tak bukan our Datin Paduka Siti Sa'diah lah..hermm dari tepi jet nampak dia bukan main teruja nengok sketsa kami tuu...bila mendapat tepukan gemurah dari para penonton rasa penat semua hilang tak lupa juga rasa takut...hehehe. Masing2 leh tersenyum lebar tak ketinggalan tuan direktor kami Azri yg teruk kena bambu hari sebelumnya tu.. Jet harap di masa2 akan datang ada lagi persembahan macam nie...



So nielah antara barisan pelakon....